Doa, ucapan Guru Besar dan perasmian oleh Penghulu Mukim Bidor mewakili YB Ayer Kuning

Acara penyampaian hadiah dan sijil

Lagi acara penyampaian hadiah...

Penghargaan kepada panitia aktif peringkat sekolah...

Persembahan murid....

TARIKH : 10 NOVEMBER 2010

HARI : RABU

TEMPAT : DEWAN SK SERI BIDOR

TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID YANG BERJAYA...SEMOGA LEBIH CEMERLANG DIMASA AKAN DATANG...

Majlis 3 dalam 1

Pada 8 September 2010 yang lepas, SK Seri Bidor telah mengadakan 3 majlis pada hari yang sama iaitu majlis khatam al-Quran tahun 6, sambutan hari raya Aidilfitri dan sambutan hari kanak-kanak. Sambutan ini sedikit lewat diadakan kerana memberi ruang kepada murid tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR dan ujian pendidikan Islam tahun 6 dengan selesa. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan disambut dengan penuh gembira oleh semua murid dan warga SK Seri Bidor.

Sedikit gambar sekitar majlis ada di ruangan 'GAMBAR'..

AKTIVITI RUKUN NEGARA

Aktivti Rukun negara bertemakan "Malaysiaku Indah" telah diadakan bermula 29 & 30 September 2010. Aktiviti dibawah kendalian Panitia Kajian Tempatan dan juga Panitia Seni dan Visual ini khusus untuk tahun 6 sebagai sebahagian daripada program selepas peperiksaan UPSR. Antara pertandingan yang dijalankan ialah pertandingan membina menara berkembar dari botol terpakai, menganyam ketupat, membuat tanglung dan membina 'kolum'. Disertakan beberapa gambar aktiviti tersebut sebagai tatapan...

SALAM AIDILFITRI




TARIKH : 30 OGOS 2010 HARI : ISNIN MASA : 7.30 - 9.00 PAGI

Aktiviti Bulan Ogos


Bulan Ogos tahun ini menjadi bulan yang dikongsi bersama oleh 4 Panitia iaitu Panitia Pendidikan Islam, Panitia Seni & Visual, Panitia Muzik dan juga Panitia kajian tempatan. Ini adalah kerana bulan Ogos tahun ini juga adalah bersamaan bulan Ramadhan. Oleh itu program Ihya' Ramadhan telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Antara programnya seperti mempamerkan baner dan poster ramadhan, tadarus Al-Quran, tazkirah dan derma anak yatim. Kemuncak program ialah majlis khatam Quran dan sambutan hari raya yang akan diadakan pada 1 Oktober, InsyaAllah.

Sementara itu Panitia Pendidikan seni & visual, panitia muzik dan panitia kajian tempatan pula berkerjasama dalam mengisi program sempena bulan kemerdekaan. Antara aktivitinya ialah seperti pertandingan mewarna dan kolaj, kuiz merdeka dan nyanyian lagu patriotik. Aktiviti kemuncak sambutan kemerdekaan ialah pada 30 Ogos nanti.




Walaupun takwim kokurikulum sekolah belum berpenghujung tetapi Unit kokurikulum sekolah telah pun mengadakan acara kemuncak kokurikulum lebih awal pada tahun ini iaitu perkhemahan unit beruniform sekolah bagi tahun 2010.Aktiviti ini telah dijalankan pada Sabtu 24 Julai 2010. Apa yang lebih menarik, perkhemahan sehari ini telah diadakan diluar kawasan sekolah,bukan seperti tahun sebelumnya. Kali ini,ia diadakan di Pusat Perlindungan Hidupan Liar, PERHILITAN Sungkai, kira-kira 20km dari Bidor.

Ini bertujuan memberi lebih pengalaman kepada peserta yang terlibat dan juga guru-guru. Perkhemahan sehari itu bermula 7.30 pagi (bertolak) dan berakhir 5.00 petang.Antara aktiviti yang dijalankan ialah melawat tempat pemuliharaan dan perlindungan hidupan liar ( burung,rusa dan seladang), jungle tracking, ceramah motivasi dan permainan berkumpulan.

Diharap semua peserta yang terlibat mendapat manfaat dari aktiviti yang telah dijalankan. InsyaAllah, dimasa akan datang aktiviti seperti ini atau yang lebih menarik akan terus dijalankan untuk memberi pengetahuan dan pengalaman yang lebih kepada murid-murid.

Untuk melihat sedikit gambar sekitar aktiviti 'KLIK' disini. Untuk lebih berita dan gambar sila lawati Facebook SK. SeriBidor

Ceramah Isra' & Mikraj


Majlis ceramah sempena Isra' Mikraj telah diadakan pada 14 Julai 2010 jam 3.30 petang di SK. Seri Bidor. Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Pauzi Bin Alias, Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Slim River.Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci al-Quran dari surah al-Isra' oleh adik Izat Bin Husin seterusnya ceramah Isra' & Mikraj yang menekankan tentang kepentingan solat.Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid sebelum menunaikan solat asar berjemaah. Semoga majlis ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.

"kita sekarang sedang berada ditaman syurga didunia..iaitu majlis ilmu.."
-ustaz pauzi-

Hari Keluarga Kelompok

Buat julung-julung kalinya, hari keluarga peringkat kelompok 3 dan 4 diadakan secara bersama. Pada 10 Julai 2010, bertempat di Sek. Men. Sheikh Abdul Ghani, Bidor, program ini adalah lanjutan dari sambutan hari guru peringkat daerah yang telah diadakan sebelumnya.

Beberapa acara telah dijalankan untuk memeriahkan majlis seperti permain futsal dan bola jaring,pertandingan melukis dan mewarna bagi anak-anak, pertandingan gubahan dan mengupas kentang serta cabutan bertuah. Guru-guru dari SK.Seri Bidor juga turut terlibat sama ada sebagai urusetia atau pun mengambil bahagian sebagai peserta.

Lagi gambar di facebook SK Seri Bidor

Qunut Nazilah

Bismillahirrahmanirrahim....


Kami titipkan doa ini untuk saudara seagama di Palestin dan diseluruh dunia.semoga Allah memakbulkannya..Amin..

Selamat Hari Guru

Sambutan hari guru di Seri Bidor disambut secara sederhana. Bermula dengan bacaan doa seterusnya bacaan perutusan Menteri Pelajaran serta Ketua Pengarah Pelajaran, persembahan murid dan diakhiri dengan lafaz ikrar dan nyanyian lagu Guru Malaysia oleh para guru. Seusai majlis perhimpunan, para guru bersedia dengan acara sukaneka ringkas. Keseluruhan majlis berakhir jam 10.30 pagi. Selepas rehat murid masuk kekelas untuk belajar seperti biasa.

sedikit gambaran sekitar sambutan...


Program Sabtu

Sebagai menyambut seruan yang disampaikan oleh pihak 'atasan' maka pihak SK. Seri Bidor telah berjaya mengadakan program gotong royong perdana pada Sabtu 15 Mei 2010. Penglibatan adalah terdiri dari semua guru, pekerja sekolah, pengurusan kantin dan sejumlah murid yang terpilih dari tahap 2. Majlis bermula jam 8.00 pagi dengan dimulai oleh taklimat Puan Guru Besar seterusnya bergotong royong membersih dan mengindahkan kawasan yang telah ditetapkan mengikut kumpulan. Jam 10 pagi rehat dan minum, sambung gotong-royong dan berakhir jam 11 pagi. terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat atas komitmen yang jitu dari semua pihak.
Gambar gotong royong disini..
Setelah bersiap dan mengemas diri, semua guru dan kakitangan sekolah bergerak menuju ke rumah rehat Tapah untuk satu majlis yang diatur iaitu majlis jamuan perpisahan untuk Cikgu Hasmah Bt zainal Abidin yang telah bertukar ke SK Ayer Kuning. Cikgu Hasmah adalah mantan PK Kokurikulum di SK Seri Bidor dan kini menjawat jawatan PK Pentadbiran di sekolah barunya itu. Jawatan PK Kokurikulum SK Seri Bidor kini dipegang oleh Cikgu Abd Rashid Bin Aziz.Pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Rashid dan selamat maju jaya kepada Cikgu Hasmah.
Gambar majlis perpisahan disini...

AKUJANJI MURID TAHUN 6

Bacaan ikrar diketuai oleh pengawas tahun 6

Murid perempuan tahun 6 2010

Murid lelaki tahun 6 2010

Akan ku capai sasaran ini...

Kami boleh...!

Menurunkan tandatangan sebagai akujanji

SK Seri Bidor akan mengadakan pertandingan kelas kondusif 2010 antara bilik darjah disekolah ini. Objektif pertandingan ini ialah untuk mewujudkan kelas yang kondusif bagi membolehkan P&P berjalan lancar. Majlis pelancarannya telah dilaksanakan oleh Puan Guru Besar pada 23 April 2010 yang lalu.

Kriteria pemilihan :

1. papan kenyataan dan sudut bacaan disediakan
2. Kelas bersih, kemas dan kondusif
3. Kreativiti dan keceriaan

Hadiah yang ditawarkan :

1. Piala pusingan
2. Sijil penghargaan
3. Wang tunai

Penilaian :

Penilaian akan dijalankan mengikut kriteria yang ditetapkan dan dilakukan setiap bulan bermula Mei 2010 oleh panel hakim yang dilantik.

# SELAMAT BERUSAHA #

PROGRAM ANTI DADAH

Program Sambutan Anti Dadah Peringkat Sekolah
09 April 2010 ( Jumaat )
Dataran Perhimpunan
Jam 7.20 hingga 8.30 pagi

Tentatif program :

7.20 pagi : - Murid & guru mengambil tempat.
- Doa & Ikrar
- nyanyian lagu patriotik
- Pelancaran dan perasmian oleh Pn. khatijah Bt Yahya PK Pentadbiran.
- Persembahan koir anti dadah murid tahun 4 terbilang
- Ikrar anti dadah diketuai oleh adik Mohd Fikri Bin Nasir.
- Kuiz anti dadah ( terbuka )
- Penyampaian hadiah
8.30 pagi : - bersurai

Bercerita...

Pertandingan bercerita Bahasa Melayu anjuran Panitia Bahasa Melayu telah berlansung pada 31 Mac 2010. Keputusan pertandingan yang dibahagikan kepada dua kategori itu adalah seperti berikut :

Tahap 1 :

Johan : Nursaidatul Wadina Bt Sadri ( 3 Terbilang )
N.Johan : Muhammad Akif B. Khairol Anuar ( 3 Terbilang )
Tempat ke-3 : Irdina Hanini Bt Mohd Zahrullail ( 3 Terbilang )

Tahap 2 :

Johan : Murni Bt Osman ( 5 Terbilang )
N.Johan : Hairulbariah Bt Muhamed Daud ( 4 Terbilang )
Tempat ke-3 : Lee Phoebe Premine a/p Sivaguru ( 5 Terbilang )

MESYUARAT AGUNG PIBG


1. Kempen buka akaun Tabung Haji bermula rm2 bagi murid-murid sekolah mendapat sambutan dari ibubapa (Pejabat Tabung Haji Tapah).
2. Ucapan perasmian oleh Dr. Chong Kuck Meng ( MD UKM )
3. Jamuan ringan sebelum bermesyuarat


1. Ahli Jawatankuasa PIBG SK Seri Bidor.
2. Penyampaian cenderahati bagi cabutan bertuah.
3. Cenderahati bagi cabutan bertuah


Seluruh warga SK Seri Bidor mengucapkan tahniah kepada Ustazah Mahiyah atas kelahiran cahaya mata yang kedua nya pada 24 Mac 2010. Semoga dengan kelahiran anak kedua ini memberi lebih kebahagiaan kepada Ustazah sekeluarga..
Hari terakhir sebelum bersalin Ustazah masih lagi datang bertugas sehingga lah datang tanda-tanda akan bersalin dan dihantar oleh Ustazah Rosnah dan Ustazah Aishah ke Hospital. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat dan semoga terus selamat dan sihat walafiat hendaknya.

Sambutan Maulidur Rasul di SK Seri Bidor diadakan pada 10 Mac 2010 mulai jam 3.30 hingga 5.00 petang. Pengisian sambutan kali ini ialah pertandingan nasyid bertemakan 'Rasulullah' dan pertandingan azan. Sementara tazkirah Maulidur Rasul pula telah diadakan pada perhimpunan mingguan yang telah disampaikan oleh Ustazah Hjh. Rosnah.

Keputusan bagi pertandingan nasyid yang disertai oleh 7 pasukan adalah seperti berikut :

Johan : Kumpulan Tahun 5 Terbilang
N.Johan : Tahun 4 Terbilang ( perempuan)
Tempat ke 3 : Tahun 4 Gemilang

Sementara keputusan bagi pertandingan azan pula ialah seperti berikut :

Johan : Adik Mohd azim Bin Mt. Khalil (6T)
N. Johan : Adik Mohd Fikri B. Nazri (5T)
Tempat ke 3 : Adik Mohd Izat B.Husin ( 5T)

Tahniah kepada yang berjaya dan juga kepada semua yang mengambil bahagian. Sedikit panorama sambutan...

Temasya Olahraga 2010

Khamis 25 Febuari 2010, telah berlansungnya temasya olahraga tahunan Sekolah Kebangsaan Seri Bidor kali ke 51. Temasya yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang itu berlansung di Padang Majlis Daerah Tapah, Kg Petalin, Bidor. Perasmiannya dilakukan oleh Pengerusi PIBG sekolah merangkap penghulu mukim Bidor iaitu Tn. Hj. Abdullah Bin Yusof PJK. Untuk edisi kali ini, Rumah Merah telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dikuti rumah Biru sebagai naib juara seterusnya rumah hijau dan kuning. Olahragawan dan olahragawati 2010 pula masing-masing disandang oleh adik Asnizal dan adik Rokiah, kedua-duanya dari rumah Biru.

Tahniah kepada semua yang menjayakan temasya ini terutama kepada AJK PIBG yang yang turun padang sebagai pegawai sukan jemputan, para penderma, ibu bapa dan semua peserta serta para guru. Semoga berjumpa lagi pada temasya yang akan datang.

untuk gambaran suasana temasya klik SINI

Minggu ini yang bermula 1 Febuari hingga 6 Febuari adalah minggu ke 5 persekolahan sesi 2010. Terdapat beberapa aktiviti atau peristiwa yang berlaku sepanjang minggu ini di SK Seri Bidor. Hari Isnin dan Selasa adalah hari terakhir latihan rumah sukan kerana pada hari Rabu telah diadakan perlawanan bolasepak dan bola jaring. Keputusan bagi perlawanan tersebut seperti berikut :

Bolasepak : Johan - Rumah Hijau, Naib Johan - Rumah Kuning, ke-3 : Rumah Biru & ke-4 : Rumah Merah.

Bola jaring : Johan - Rumah Merah, Naib Johan - Rumah Biru, ke-3 : Rumah Kuning & ke-4 : Rumah Hijau.

Minggu hadapan akan belansung pula acara sukantara dan prasukan.

Pada hari Khamis 4 febuari pula, sesi pemantaun bagi Panitia Pendidikan Islam telah dilakukan. 2 pegawai dari sektor pendidikan Islam iaitu Ustaz Halim Musa ( Penyelia pendidikan Islam PPD Batang Padang ) dan Ustaz Suhaimi Bin Ismail ( Pegawai Pendidikan Islam SR, JPN Perak ) telah hadir untuk sesi itu yang memberi penekanan kepada pengurusan fail Panitia Pendidikan Islam, j-QAF dan dakwah. Selain itu Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA) juga turut diberi penekanan agar dijalankan sepanjang masa. Berbagai pendapat dan cadangan untuk penambahbaikan diberikan kepada guru-guru Pendidikan Islam selain sesi soal jawab dalam beberapa perkara yang berkaitan. Disini pihak sekolah khususnya dari Panitia Pendidikan Islam mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil pemantau atas nasihat dan beberapa input yang telah diberikan.
Dua wakil pemantauan iaitu Ustaz Halim & Ustaz Suhaimi

Sementara pada hari Jumaat pula telah berlansung program motivasi dan interaksi Ibu Bapa murid tahun 6 2010. Program yang bermula jam 3.00 petang dan berakhir sekitar jam 5.30 petang itu telah disampaikan oleh pegawai kaunselor dari PPD Batang Padang. Ceramah motivasi bertajuk : Dorongan Ibu Bapa dan Disiplin Diri Menjana Kecemerlangan Akademik anak-anak.

Walaupun diiringi hujat lebat sepanjang sesi motivasi, tetapi para ibubapa dan murid tetap bersemangat demi kejayaan dan kecemerlangan diri. Tahniah diucapkan.

Hari Sabtu 6 Febuari adalah hari persekolahan ganti sempena cuti Tahun Baru Cina mengikut jadual hari Jumaat.

;;