Temasya Olahraga 2010

Khamis 25 Febuari 2010, telah berlansungnya temasya olahraga tahunan Sekolah Kebangsaan Seri Bidor kali ke 51. Temasya yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang itu berlansung di Padang Majlis Daerah Tapah, Kg Petalin, Bidor. Perasmiannya dilakukan oleh Pengerusi PIBG sekolah merangkap penghulu mukim Bidor iaitu Tn. Hj. Abdullah Bin Yusof PJK. Untuk edisi kali ini, Rumah Merah telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dikuti rumah Biru sebagai naib juara seterusnya rumah hijau dan kuning. Olahragawan dan olahragawati 2010 pula masing-masing disandang oleh adik Asnizal dan adik Rokiah, kedua-duanya dari rumah Biru.

Tahniah kepada semua yang menjayakan temasya ini terutama kepada AJK PIBG yang yang turun padang sebagai pegawai sukan jemputan, para penderma, ibu bapa dan semua peserta serta para guru. Semoga berjumpa lagi pada temasya yang akan datang.

untuk gambaran suasana temasya klik SINI

Minggu ini yang bermula 1 Febuari hingga 6 Febuari adalah minggu ke 5 persekolahan sesi 2010. Terdapat beberapa aktiviti atau peristiwa yang berlaku sepanjang minggu ini di SK Seri Bidor. Hari Isnin dan Selasa adalah hari terakhir latihan rumah sukan kerana pada hari Rabu telah diadakan perlawanan bolasepak dan bola jaring. Keputusan bagi perlawanan tersebut seperti berikut :

Bolasepak : Johan - Rumah Hijau, Naib Johan - Rumah Kuning, ke-3 : Rumah Biru & ke-4 : Rumah Merah.

Bola jaring : Johan - Rumah Merah, Naib Johan - Rumah Biru, ke-3 : Rumah Kuning & ke-4 : Rumah Hijau.

Minggu hadapan akan belansung pula acara sukantara dan prasukan.

Pada hari Khamis 4 febuari pula, sesi pemantaun bagi Panitia Pendidikan Islam telah dilakukan. 2 pegawai dari sektor pendidikan Islam iaitu Ustaz Halim Musa ( Penyelia pendidikan Islam PPD Batang Padang ) dan Ustaz Suhaimi Bin Ismail ( Pegawai Pendidikan Islam SR, JPN Perak ) telah hadir untuk sesi itu yang memberi penekanan kepada pengurusan fail Panitia Pendidikan Islam, j-QAF dan dakwah. Selain itu Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA) juga turut diberi penekanan agar dijalankan sepanjang masa. Berbagai pendapat dan cadangan untuk penambahbaikan diberikan kepada guru-guru Pendidikan Islam selain sesi soal jawab dalam beberapa perkara yang berkaitan. Disini pihak sekolah khususnya dari Panitia Pendidikan Islam mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil pemantau atas nasihat dan beberapa input yang telah diberikan.
Dua wakil pemantauan iaitu Ustaz Halim & Ustaz Suhaimi

Sementara pada hari Jumaat pula telah berlansung program motivasi dan interaksi Ibu Bapa murid tahun 6 2010. Program yang bermula jam 3.00 petang dan berakhir sekitar jam 5.30 petang itu telah disampaikan oleh pegawai kaunselor dari PPD Batang Padang. Ceramah motivasi bertajuk : Dorongan Ibu Bapa dan Disiplin Diri Menjana Kecemerlangan Akademik anak-anak.

Walaupun diiringi hujat lebat sepanjang sesi motivasi, tetapi para ibubapa dan murid tetap bersemangat demi kejayaan dan kecemerlangan diri. Tahniah diucapkan.

Hari Sabtu 6 Febuari adalah hari persekolahan ganti sempena cuti Tahun Baru Cina mengikut jadual hari Jumaat.

Syukur Alhamdulillah, akhirnya blog ini dapat kembali beroperasi setelah hampir dua minggu tidak dapat dikunjungi. Setelah berbagai cara diusahakan ( sekadar termampu ) untuk mengesan punca mengapa blog ini tidak dapat diterokai, akhirnya berjumpa jawapan. Puncanya ialah DNS error! Free domain yang digunakan selama ini iaitu 'via.my' menggantikan 'blogspot.com' sudah tidak boleh digunakan. Mungkin free domain itu sudah tidak free lagi ataupun sudah ditutup tidaklah diketahui. Apa-apa pun diharap selepas ini tiada lagi masalah melanda yang boleh merencatkan penggunaan blog ini InsyaAllah..!

;;