HARI KEMERDEKAAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 52 BAGI SELURUH WARGANEGARA MALAYSIA...&...SELAMAT BERPUASA BAGI SELURUH UMAT ISLAM.

Solat Hajat

Majlis solat hajat dan bacaan Yasin bersama ibubapa dan murid tahun 6 sekali lagi diadakan sempena menghadapi peperiksaan UPSR yang akan tiba tak lama lagi. Majlis bermula dengan solat maghrib diikuti solat hajat, bacaan Yasin dan tahlil. Setelah selesai solat Isyak sedikit jamuan makan malam disediakan oleh jawatankuasa PIBG. Kehadiran ibubapa amat menggalakkan. Semoga segala doa dan usaha kita dimakbul dan diterima oleh Allah.

Bagi murid tahun 6 pula, majlis bermula seawal pukul 4.30 petang lagi. Setelah solat Asar berjemaah, satu ceramah atau tazkirah bertajuk 'muhasabah diri' telah disampaikan oleh Ustaz Nik Asri. Ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan kekuatan kepada murid menjelang bulan Ramadhan dan UPSR nanti.




Takziah

Kami seluruh warga SK Seri Bidor mengucapkan takziah kepada Puan Nor Aminah Bt Hasim, PK HEM SKSB diatas pemergian suaminya Allahyarham Cikgu Roslan kembali ke Rahmatullah. Harapan kami agar puan bersabar dan kami mendoakan agar roh arwah ditempakan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...

AL- FATIHAH..!

Gambar aktiviti PSV

Aktiviti sempena bulan kemerdekaan anjuran panitia pendidikan seni dan visual telah pun berlansung hari ini. Satu lagi acara akan berlansung pada hari Sabtu sempena hari persekolahan ganti cuti deepavali. Sedikit visual tentang aktiviti hari ini...


Murid tahun satu kyusu' mewarna


Lukisan asal tanpa warna


Setelah diwarna...


Salah satu hasil karya murid tahap dua iaitu menulis dan menghias puisi merdeka...


Keselamatan diutamakan...

Selain panitia PSV, panitia Kajian Tempatan juga mengadakan kuiz sempena kemerdekaan. Para pelajar boleh mendapatkan soalan dari guru yang bertanggungjawab iaitu Cikgu Bahariah dan mencari jawapannya berdasarkan maklumat yang telah dipaparkan dipapan kenyataan sekolah.Selamat mencuba..!

Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2009, Panitia Pendidikan Seni Visual SKSB akan menganjurkan beberapa acara. Antara acara tersebut adalah seperti berikut :

1. Megibar Jalur Gemilang.

a) Mewarna Bendera Malaysia bagi murid tahun 1 & 2.
b) Melukis dan mewarna Jalur Gemilang bagi tahun 3,4 dan 5.
c) Setiap hasil kerja murid digantung dikelas masing- masing.
d) Aktiviti djalankan pada :

Tarikh : 15 Ogos 2009 ( Sabtu )
Masa : 10.50 hingga 12.50

2. Pertandingan Mewarna Gambar.

Tahap 1 ( tahun 1, 2 & 3 )
Tarikh : 13 ogos 2009 ( Khamis )
Masa : 10.20 hingga 12.20

3. Pertandingan Menghias Puisi Kemerdekaan.

Murid dikehendaki menulis dan menghias puisi kemerdekaan dengan menarik dan kemas.

Tahap 2 ( tahun 4, 5 & 6 )
Tarikh : 13 Ogos 2009 (Khamis )
Masa : 10.20 hingga 12.20

Ujian Selaras 2

;;