AHMAD KAMARI BIN SALLEH

Guru Besar SK Seri Bidor


Saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya laman blog SK Seri Bidor dapat direalisasikan dan dipersembahkan kepada umum dan khasnya kepada warga sekolah. Saya berharap agar laman blog ini akan berfungsi sebagai satu saluran untuk menerima dan menyebarkan maklumat dengan cepat dan tepat. Dengan adanya laman blog ini maklumat sekolah dengan lebih mudah diperolehi oleh 'stake holder', pelanggan dan masyarakat setempat yang berminat. Begitu juga sebaliknya. Saya berharap laman blog ini dapat dimanfaatkan dengan baik sekaligus mampu memenuhi hasrat dan keperluan SK Seri Bidor. Tahniah kepada unit ICT dan semua warga SK Seri Bidor.


# BERJASA UNTUK SEMUA #


Sekian, Terima Kasih.

;;