Hari Guru Peringkat Daerah Batang Padang telah diadakan pada hari Khamis 18 Jun 2009 yang lalu bertempat di INSTUN, Behrang. SK Seri Bidor terlibat secara lansung dalam majlis tersebut dengan Guru Besar sebagai Bendahari bagi Jawatankuasa Induk sambutan serta sebagai AJK jamuan dalam jawatankuasa pengelola.















Guru-guru SK Seribidor sibuk menyediakan makanan/cenderahati untuk diagihkan.


SK Seri Bidor juga adalah salah sebuah sekolah yang menerima Anugerah Khas 2009 dalam majlis tersebut. Sementara Tokoh Guru bagi sambutan Hari Guru Peringkat Daerah batang Padang kali ini ialah En. Mohamed Rosly B. Abdul Hamid, bekas Guru Besar SK Seri Bidor yang bersara pada tahun 2000. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

Hari Interaksi

Hari interaksi bersama ibubapa telah diadakan
pada Hari Jumaat 19 Jun 2009. Tujuannya adalah bagi menyerahkan rekod pencapaian murid dalam ujian PKSR 1 yang telah dijalankan
sebelum cuti pertengahan tahun yang baru berlalu. Disamping itu para ibubapa juga boleh
berbincang sendiri dengan para guru tentang anak-anak mereka samada tentang akademik atau sakhsiah.


Disamping itu pihak sekolah juga mengadakan kutipan bayaran tambahan (yuran) sebagaimana yang dibenarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran iaitu sebanyak RM21. Walaubagaimanapun bayaran ini tidak ditetapkan perlu dibayar pada hari itu sahaja tetapi boleh juga dibayar pada hari-hari lain mengikut kemampuan. Syukur Alhamdulillah program hari interakasi tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibubapa yang membuktikan keperihatinan mereka.

Tahniah Cikgu Suraya


Warga Seribidor mengucapkan tahniah kepada Cikgu Suraya, guru kaunseling SK Seribidor diatas kelahiran cahayamatanya yang baru. Beliau telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 2 Jun 2009 yang lalu semasa cuti sekolah penggal pertama. Tahniah sekali lagi dari kami..semoga bertambah rezeki dan keberkatan hidup.

;;