Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433 hijrah di Sekolah Kebangsaan Seri Bidor. Semoga mendapat berkat dan rahmat Insya Allah.


Selamat berpisah

Tahun 2012 SK. Seri Bidor kehilangan 3 orang guru yang bertukar ke sekolah lain. Mereka ialah Pn. Khatijah Bt Yahya, PK Pentadbiran SK Seri Bidor yang berpindah ke SK. Changkat Petai, Cikgu Hamid yang bertukar ke SK Bikam dan Pn. Ritha yang bertukar ke SK Methodist Tanjung Malim. Bagi pihak seluruh warga sekolah mengucapkan selamat bertugas ditempat baharu, semoga lebih berjaya dan bahagia.

Selamat tahun baru 2012 dan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan guru. Semoga tahun 2012 menjadi tahun yang membawa lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan kepada SK Seri Bidor atas usaha gigih guru-guru dan murid serta sokongan dari ibubapa.

Tahniah murid tahun 6

Tahniah kepada semua murid tahun 6 2011 yang telah menerima keputusan UPSR pada 17 November. Ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya. Seramai 10 orang murid (gambar atas) telah berjaya mencapai keputusan 5A manakala 9 orang lagi mendapat 4A 1B.

Kepada yang berjaya, jadikan ianya sebagai pembakar semangat untuk terus cemerlang diperingkat yang lebih tinggi manakala yang kurang berjaya, jadikan ia sebagai pedoman untuk terus berusaha tanpa jemu. Ini bukan lah pengakhiran tetapi hanya lah suatu permulaan bagi anda!

Kepada semua murid tahun 6,cikgu harap anda semua berjaya diperingkat sekolah menengah dan seterusnya. Amin..

HAK 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Seri Bidor telah diadakan pada 16 November 2011 yang lalu...Perasmian oleh Dato' Seri Ong Ka Chuan, ahli parlimen Tanjong Malim. Tahniah kepada semua murid yang berjaya..semoga menjadi peransang untuk lebih berjaya di masa akan datang.







Seluruh warga SK Seri Bidor mengucapkan selamat bersara kepada Pn. Nor Aminah Bt Hassim, PK HEM sekolah ini. Walaupun tarikh sebenar persaraan beliau jatuh pada 11/11/11 tetapi majlis persaraan peringkat sekolah telah diadakan lebih awal memandangkan beliau akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 21 Oktober dan akan menamatkan perkhidmatan beliau di sana. Semoga beliau mendapat haji yang mabrur..InsyaAllah.

;;