Kursus pemantapan Majlis Tilawah Al-Quran dan mahrajan kesenian Islam bagi guru- guru Pendidikan Islam Daerah Batang Padang tahun 2009 telah diadakan pada 24, 25 dan 26 Febuari 2009 bertempat di Dewan SK Seri Besout, Sungkai, Perak. Kursus tersebut mengikut bidang yang telah ditetapkan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru-guru Pendidikan Islam dalam persiapan menghadapi MTQ dan mahrajan.

Pada 24 Febuari diadakan kursus Tilawah dan tahfiz Al- Quran, 25 Febuari adalah bagi kompang selawat dan nasyid manakala 26 Febuari adalah bagi bercerita.

Kursus ini adalah anjuran bahagian
Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah
Batang Padang.

Diharap dengan adanya kursus sebegini akan
dapat meningkatkan lagi kualiti serta kejayaan
para pelajar Daerah Batang Padang ini
diperingkat yang lebih tinggi.















Antara pengisian bagi kursus kompang dan nasyid

Tahniah Ustaz Nik...


Warga SK Seri Bidor mengucapkan tahniah kepada Ustaz Nik Asri Bin Ahmad Ali atas kelahiran cahayamata nya yang ketiga. Isteri Ustaz Nik Asri telah selamat melahirkan seorang puteri pada jam 3.00 pagi 24 Febuari 2009 di Hospital Slim River, Perak. Dengan kelahiran ini semoga Ustaz Nik sekeluarga akan sentiasa mendapat rahmat dan dimurahkan rezeki oleh Allah senantiasa. Tahniah sekali lagi dari kami.

Kejohanan sukan tahunan SK Seri Bidor kali ke- 50 telah berlansung dengan jayanya pada hari Khamis 19 Febuari 2009. Kejohanan yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang itu telah dirasmi oleh Timbalan Pengerusi PIBG SK Seri Bidor, Mejar Bersara Abdul Aziz. Keputusan rasmi kejohanan ialah seperti berikut :

Johan Keseluruhan : Rumah Hijau
Naib Johan : Rumah Kuning
Tempat ketiga : Rumah Merah dan Biru
( Tiada tempat keempat kerana jumlah mata yang sama antara rumah merah dan biru)

Olahragawan 2009 : Mohd Syakir Zuhair
Olahragawati 2009 : Shashela

Johan Tarik Tali : Rumah Hijau
Naib Johan : Rumah Biru

Johan Perbarisan : Rumah Hijau

Untuk panorama kejohanan..disini dan disini.

Program motivasi bagi murid tahun 6 bersama ibubapa telah diadakan pada hari Sabtu 7 Febuari 2009 bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari. Program ini anjuran unit bimbingan dan kaunseling SK Seri Bidor dengan kerjasama guru-guru tahun 6 serta semua guru dan pentadbir. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh En.Zaid bin Ohman, pakar motivasi dari SK Sayong, Kuala Kangsar Perak. Diharap program ini dapat memberi peransang kepada murid dan ibubapa dalam memastikan kejayaan dalam hidup terutamanya dalam menghadapi peperiksaan UPSR nanti.

Antara gambar diprogram tersebut :

Lagi gambar..klik link 'gambar' diatas.


Semua guru dan kakitangan serta murid SK Seri Bidor mengucapkan selamat menunaikan umrah kepada Puan Guru Besar, Puan Hajah Ramlah Binti Abdul Rahman. Beliau yang berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 23 Januari lalu dan dijangka pulang pada 5 Febuari nanti. Selamat pergi dan kembali, semoga dirahmati Allah senantiasa.

;;