MTQ KELOMPOK 3



Majlis Tilawah al-Quran Dan Mahrajan kesenian Islam peringkat kelompok 3 bidor daerah Batang Padang telah dijalankan pada Selasa 29 Mac 2011 bertempat di SK Bidor, Jalan Sungkai. SK Seri Bidor menyertai semua acara yang dipertandingkan kecuali acara kompang selawat.

SK Seri Bidor telah muncul johan bagi 3 acara iaitu nasyid, hafazan lelaki dan tilawah lelaki. Bagi acara tulisan jawi lelaki dan perempuan serta berzanji perempuan sekolah ini telah menjadi naib johan. Manakala 3 lagi acara iaitu bercerita lelaki dan perempuan serta berzanji lelaki SK Seri bidor mendapat tempat ke tiga.

Tahniah kepada semua wakil dari SK Seri Bidor sama ada yang menang atau tidak, kerana penyertaan anda membuktikan keberanian dan usaha anda untuk mencari kejayaan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung. Semoga kita mendapat kedudukan yang baik diperingkat daerah nanti..InsyaAllah!

Olahraga


Kejohanan olahraga peringkat Daerah Batang Padang telah berlalu. SK Seri Bidor telah mengambil bahagian dalam beberapa acara melibatkan peringkat bawah 11 dan 12 tahun. Hasilnya, atlet dari SK Seri Bidor telah membawa pulang 2 emas dan 1 pingat perak.

Pingat emas di menangi melalui acara lompat tinggi lelaki bawah 12 tahun oleh adik Choo Zhen Hung dan acara lontar peluru perempuan bawah 11 tahun melalui adik Nur Zahirah bt Zamiran. Manakala pingat perak disubangkan oleh adik Iman Danial melalui acara 100m lelaki bawah 12 tahun.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semua atlit sekolah yang lain. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk lebih berjaya diperingkat yang lebih tinggi dimasa akan datang.

;;