Walaupun takwim kokurikulum sekolah belum berpenghujung tetapi Unit kokurikulum sekolah telah pun mengadakan acara kemuncak kokurikulum lebih awal pada tahun ini iaitu perkhemahan unit beruniform sekolah bagi tahun 2010.Aktiviti ini telah dijalankan pada Sabtu 24 Julai 2010. Apa yang lebih menarik, perkhemahan sehari ini telah diadakan diluar kawasan sekolah,bukan seperti tahun sebelumnya. Kali ini,ia diadakan di Pusat Perlindungan Hidupan Liar, PERHILITAN Sungkai, kira-kira 20km dari Bidor.

Ini bertujuan memberi lebih pengalaman kepada peserta yang terlibat dan juga guru-guru. Perkhemahan sehari itu bermula 7.30 pagi (bertolak) dan berakhir 5.00 petang.Antara aktiviti yang dijalankan ialah melawat tempat pemuliharaan dan perlindungan hidupan liar ( burung,rusa dan seladang), jungle tracking, ceramah motivasi dan permainan berkumpulan.

Diharap semua peserta yang terlibat mendapat manfaat dari aktiviti yang telah dijalankan. InsyaAllah, dimasa akan datang aktiviti seperti ini atau yang lebih menarik akan terus dijalankan untuk memberi pengetahuan dan pengalaman yang lebih kepada murid-murid.

Untuk melihat sedikit gambar sekitar aktiviti 'KLIK' disini. Untuk lebih berita dan gambar sila lawati Facebook SK. SeriBidor

Ceramah Isra' & Mikraj


Majlis ceramah sempena Isra' Mikraj telah diadakan pada 14 Julai 2010 jam 3.30 petang di SK. Seri Bidor. Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Pauzi Bin Alias, Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Slim River.Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci al-Quran dari surah al-Isra' oleh adik Izat Bin Husin seterusnya ceramah Isra' & Mikraj yang menekankan tentang kepentingan solat.Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid sebelum menunaikan solat asar berjemaah. Semoga majlis ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.

"kita sekarang sedang berada ditaman syurga didunia..iaitu majlis ilmu.."
-ustaz pauzi-

Hari Keluarga Kelompok

Buat julung-julung kalinya, hari keluarga peringkat kelompok 3 dan 4 diadakan secara bersama. Pada 10 Julai 2010, bertempat di Sek. Men. Sheikh Abdul Ghani, Bidor, program ini adalah lanjutan dari sambutan hari guru peringkat daerah yang telah diadakan sebelumnya.

Beberapa acara telah dijalankan untuk memeriahkan majlis seperti permain futsal dan bola jaring,pertandingan melukis dan mewarna bagi anak-anak, pertandingan gubahan dan mengupas kentang serta cabutan bertuah. Guru-guru dari SK.Seri Bidor juga turut terlibat sama ada sebagai urusetia atau pun mengambil bahagian sebagai peserta.

Lagi gambar di facebook SK Seri Bidor

;;