Tahniah murid tahun 6

Dari kiri : Fatin Aliah Bt Sazali, Aima Nabila Bt Mohd Azhar, Nurfadhilah Bt Nazri, Ayu Khadijah Bt Ayusni, Umi Umairah Bt Mt. Khalil, Chong Yung Yang, Syed Mohd Arif & Meor amirul Hafiz.



Tahniah kepada semua murid tahun 6 SK Seri Bidor yang telah menerima keputusan UPSR semalam. seramai 8 orang murid mendapat 5A dan 13 orang dan 4A 1B. Walaupun jumlah yang mendapat 5A tidak ramai tetapi peratus lulus keseluruhan adalah tinggi. Diatas adalah mereka yang mendapat 5A. selamat berjaya disekolah menengah nanti dan teruskan usaha hingga keperingkat yang tertinggi.

Tarikh : 19 November 2009
Hari : Khamis
Masa : 2.30 - 5.00 Petang
Tempat : Dewan SK Seri Bidor

Doa dan Ucapan

Penyampaian Hadiah

Persembahan Murid

Lagi gambar di galeri 'Gambar' ...

Lawatan ke Kem Tentera

Program lawatan & aktiviti di Kem 2RRD, Kem Syed Putra Ipoh adalah program terakhir bagi murid tahun 6 tahun 2009 ini. Ini adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada murid tentang kerjaya dibidang ketenteraan dan juga sebagai salah satu program selepas peperiksaan UPSR. Antara aktiviti yang dijalankan disana ialah taklimat kerjaya dan motivasi, melawat muzium 2RRD, demontrasi merempuh halangan, pameran senjata dan lawatan ke survival village. Lawatan yang berakhir lebih kurang jam 2.00 petang itu diharap memberi pengalaman yang berguna kepada murid yang mengikutinya.



Lagi gambar dalam 'galeri' gambar...

Kursus membina laman web rasmi sekolah - sekolah Daerah Batang Padang telah diadakan pada 2 hingga 4 November 2009 di Star regency Hotel & Apartments, Brinchang, cameron highlands. SK Seri Bidor adalah salah satu sekolah yang terpilih untuk kursus tersebut. Kursus ini adalah selaras dengan hasrat PPD Batang Padang untuk mewujudkan jaringan maklumat yang cepat dan tepat antara sekolah didaerah ini.

Perasmian oleh Tuan PPD Tuan Haji Mohd Noh bin Supaat

Slot pengenalan oleh Prof madya Nazib Bin Nordin ( Pensyarah UUM )

Setiap sekolah menerima 'domain' atau alamat web sekolah masing-masing

Cenderahati berupa sebakul sayur-sayuran untuk Tuan PPD

Fasilitator yang menjadi pembimbing dan penunjukcara

Antara peserta kursus...





hasil dari kursus ini adalah seperti berikut : http://sksbr.ppdbp.k-info.my/portal/

Walaupun dengan kewujudan laman web rasmi sekolah ini menggantikan laman blog ini, namun laman blog ini akan terus berfungsi seperti biasa. harap maklum.

;;