Selamat kembali ke sekolah di ucapkan kepada semua murid dan guru SK Seri Bidor bagi sesi 2013. Semoga tahun baru ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya dari semua aspek..InshaAllah!

Pencapaian UPSR 2012


Wajah-wajah murid yang mendapat keputusan 4A

Wajah-wajah murid yang mendapat keputusan 5A ( Chong Yun-Jun tiada dalam gambar)

TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID YANG MENDUDUKI UPSR 2012..JADIKAN INI SEBAGAI PERMULAAN DALAM MENCARI KEJAYAAN.

CIKGU SERI BIDOR

Ini lah wajah-wajah para pendidik di SK Seri Bidor bagi sesi 2012. Gambar ini diambil pada Isnin 5 November 2012 minggu terakhir persekolahan tahun ini. Semoga mereka semua diberi kekuatan dan kesihatan yang sempurna untuk terus berjuang pada tahun-tahun mendatang. InsyaAllah..Amin.

LAWATAN KELAB GURU



Kelab Guru Dan Kakitangan SK Seri Bidor telah mengadakan lawatan selama 3 hari 2 malam ke Pulau Langkawi bermula 14 hingga 17 September 2012. Antara aktiviti yang dirancang sepanjang lawatan ialah seperti lawatan ke underwater wolrd, menaiki kereta kabel dan melawat ke pulau Dayang Bunting. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberi kerjasama yang baik sepanjang perjalanan lawatan ini.

SELAMAT MENDUDUKI UPSR



SALAM AIDILFITRI 1433H



AHLAN YA RAMADHAN


Kejohanan olahraga tahunan kali ke 53 SK Seri Bidor pada tahun 2012 telah menobat rumah merah sebagai juara keseluruhan sekaligus menyaksikan rumah merah mencatat kejuaraan kali ketiga berturut-turut. Sebelum ini rumah merah juga telah menjadi johan bagi tahun 2010 dan 2011. Lebih bermakna lagi apabila selaku juara edisi ini rumah merah juga mencatat sejarah sebagai pemenang pertama piala pusingan yang baru. Ketua rumah merah, adik Chong Yun Jun (gambar) menjulangnya setelah menerima piala tersebut dari guru besar.

Naib johan jatuh kepada pasukan rumah Biru, tempat ke tiga rumah Hijau dan keempat rumah Kuning. Pertandingan berlansung sengit hingga ke acara terakhir untuk menetukan kejuaraan. Semoga semua yang terlibat, murid,guru,ibu bapa, PIBG dan para jemputan terhibur dan berpuashati. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutama abang-abang askar yang sudi membantu menyediakan khemah dan menjadi pegawai sukan. Jumpa lagi di edisi yang akan datang.

HIP HIP HOOREY.....!

*lagi gambar di facebook SK Seri Bidor

SELAMAT HARI GURU

video

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Bidor sesi 2012 yang dirasmikan oleh mantan Guru Besar SK Seri Bidor iaitu Pn.Hjh Ramlah Bt Abdul Rahman PPN pada Jumaat 23 Mac 2012. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut, semoga ukhuwah yang sedia terjalin semakin erat antara pihak sekolah dan ibubapa.



Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433 hijrah di Sekolah Kebangsaan Seri Bidor. Semoga mendapat berkat dan rahmat Insya Allah.


Selamat berpisah

Tahun 2012 SK. Seri Bidor kehilangan 3 orang guru yang bertukar ke sekolah lain. Mereka ialah Pn. Khatijah Bt Yahya, PK Pentadbiran SK Seri Bidor yang berpindah ke SK. Changkat Petai, Cikgu Hamid yang bertukar ke SK Bikam dan Pn. Ritha yang bertukar ke SK Methodist Tanjung Malim. Bagi pihak seluruh warga sekolah mengucapkan selamat bertugas ditempat baharu, semoga lebih berjaya dan bahagia.

Selamat tahun baru 2012 dan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan guru. Semoga tahun 2012 menjadi tahun yang membawa lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan kepada SK Seri Bidor atas usaha gigih guru-guru dan murid serta sokongan dari ibubapa.

;;