KBS pertama

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..Panitia Pendidikan Islam telah berjaya melaksanakan Kem Bestari Solat ( KBS ) buat kali pertama pada tahun ini. Dilaksanakan pada Sabtu 22 januari melibatkan murid-murid tahap 2 tahun 4, 5 dan 6. InsyaAllah, KBS kali pertama untuk tahap satu akan menyusul. Semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.

Tahun Dua Ribu Sebelas

Assalamualaikum...

Selamat kembali ke sekolah di ucapkan kepada semua murid dan guru SK. Seri Bidor. Semoga tahun baru 2011 ini membawa kejayaan yang lebih bermakna atas semangat dan usaha yang berterusan.

Bagi tahun 2011 ini, SK. Seri Bidor menerima dua guru baru iaitu guru bahasa inggeris, Cik Nurul Ainain serta seorang guru bahasa cina iaitu Cik Choy Sou Kuan. Namun begitu SK. Seri Bidor juga kehilangan seorang ahlinya apabila guru pendidikan jasmani, Pn. Norzaniza telah bertukar ke Ipoh. Kepada yang datang, kami ucapkan selamat datang...kepada yang pergi, semoga lebih sukses ditempat baru dan jangan lupakan kami disini.

Sebagaimana biasa,awal tahun memang waktu yang paling sibuk. Semua aktiviti akan bermula seawal minggu kedua persekolahan. Antaranya kelas tambahan, tasmik, latihan sukan dan bermacam aktiviti lagi. Jadi, kepada semua guru dan murid...BERSEDIA!

(sebahagian dari guru-guru SK Seri Bidor sesi 2010)


;;