Pada hari Sabtu 25 April, dua program telah dijalankan serentak diSK Seri Bidor iaitu kem motivasi pengawas dan juga kem bestari solat bagi tahun 1 & 2 kali ke dua. Kem bestari solat bermula jam 8 pagi berakhir jam 2 petang selepas solat zohor. Bagi kem motivasi pengawas pula bermula 8 pagi dan berakhir jam 5.30 petang.

Kem motivasi dan kepimpinan adalah kem sehari yang diadakan khusus untuk pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Ia bertujuan menerapkan nilai-nilai kepimpinan dan motivasi dalam diri peserta yang terlibat. Dengan adanya kem seperti ini diharap para pengawas dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih baik dan berkesan.
Riadah atau senaman pagi sebagai permulaan sesi kem
berkumpul didewan untuk mendengar ceramah motivasi
sesi pengucapan awam dan latihan dalam kumpulan ( LDK )
penceramah jemputan En. Saparudin, kaunselor SMK Besout.

Sambutan MaulidurRasul

Sambutan Maulidur Rasul bagi peringkat sekolah telah diadakan pada hari Rabu 15 April 2009. Majlis diadakan pada jam 3.30 petang sempena waktu kokurikulum dan dijalankan didewan terbuka sekolah. Walaupun sudah melewati Rabi'ul Awal tetapi sambutan tetap dijalankan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kisah Nabi dan mengambil panduan darinya.

A . Selepas bacaan doa, majlis dimulakan dengan alunan berzanji oleh adik NorAtikah Bt Roslan.
B . Di ikuti selawat beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Mohd Zaidi.
C . Segmen seterusnya ialah ceramah maulidurrasul yang bertajuk 'akhlak Rasulullah' disampaikan oleh Ustaz Safri Mahayedin.
D . Murid tekun mencatat isi penting semasa mendengar ceramah.

A . Antara cenderahati untuk pemenang soalan kuiz.
B . Murid menjawab soalan kuiz berdasarkan isi ceramah yang telah disampaikan.
C . Ada juga soalan kuiz mengenai fardu ain dan bacaan dalam solat.
D . Yang berjaya menjawab dengan betul menerima hadiah.

Majlis berakhir tepat jam 5.30 petang dengan persembahan kompang selawat oleh pasukan kompang sekolah. Semoga majlis ini memberi manfaat kepada semua.

Kejohanan bola baling peringkat Daerah batang Padang telah berlansung mulai 31 Mac hingga 2 April 2009 di padang SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor. SK Seri Bidor telah menghantar dua pasukan iaitu lelaki dan perempuan. Berikutt adalah pencapaian serta laluan yang dihadapi oleh pasukan bola baling SK Seri Bidor :

Pasukan lelaki ( Pusingan kedua )

Pusingan awal :
Seri Bidor
( 3 ) vs SK Batu 14 Tapah ( 0 )
Seri Bidor ( 2 ) vs SK Pendita Zaaba ( 5 )

Pusingan kedua :
Seri Bidor ( 2 ) vs SK Kg Pahang ( 4 )


Pasukan perempuan ( tempat ke- 4 )

Pusingan awal :
Seri Bidor
( 5 ) vs SK Temoh ( 0 )
Seri Bidor ( 11 ) vs SK Sg Lesong ( 2 )
Seri Bidor ( 3 ) vs SK Besout 3 ( 1 )

Suku akhir : Seri Bidor ( 4 ) vs SK Changkat Sulaiman ( 2 )

Separuh akhir : Seri Bidor ( 1 ) vs SK Sg Kelah ( 3 )

Tempat 3/4 : Seri Bidor ( 1 ) vs SK Tg Malim ( 5 )

Manakala bagi kejohanan bola sepak kelompok 3 Bidor pula telah berlansung pada 2 April, SK Seri Bidor hanya menjadi naib johan pada tahun ini. Berikut adalah laluan dan keputusan perlawanan yang melibatkan SK Seri Bidor:

Peringkat kumpulan :
Seri Bidor ( 3 ) vs SRJK (T) Banopdane ( 0 )
Seri Bidor ( 2 ) vs SK Kg Senta ( 0 )

Separuh akhir : Seri Bidor ( 1 ) vs SK Kg Poh ( 0 )

Akhir : Seri Bidor ( 0 ) vs SK Bidor ( 1 )

Tahniah kepada semua pemain dan cuba lagi pada tahun hadapan.

Pasukan bolasepak 2009

;;