Kejohanan pingpong peringkat Daerah Batang Padang kategori sekolah rendah telah berlansung sebagaimana berikut :

Tarikh : 22 Januari 2009
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi - 3.00 petang
Tempat : Dewan SM Chung Hua Bidor
Penganjur : SK. Seri Bidor
Urusetia

Antara aksi dari peserta

Hadiah kepada pemenang ( medal & sijil )

Senarai pemenang mengikut kategori :

Lelaki - Johan : Loh Han Seong - SRJKC Chung Sing
N/ Johan : Tan Qin Zhi - SRJKC Chun Hua
Ketiga : Kok Han Xian - SRJKC Chin Hua

Perempuan - Johan : Pan Lee Xian - SRJKC Chin Hua
N/ Johan : Lai Sh Yin - SRJKC Tanah Mas
Ketiga : Ng Jia Yu - SRJKC Khai Meng

Sementara wakil tuan rumah hanya berjaya kepusingan ke dua dan ketiga sahaja kategori lelaki. Kategori perempuan tiada wakil. Tahniah kepada yang berjaya dan yang kurang berjaya cuba lagi tahun hadapan.



Latihan sukan bermula

Awal tahun biasanya semua sekolah akan sibuk dengan aktiviti sukan sama ada peringkat sekolah atau yang lebih tinggi. SK Seri Bidor merancang untuk mengadakan acara sukan tahunannya pada 19 Febuari 2009. Oleh itu sesi pembahagian rumah sukan telah bermula pada minggu pertama persekolahan lagi dan diikuti latihan rumah sukan bermula minggu kedua persekolahan iaitu minggu ini. Latihan rumah sukan diadakan pada jam 3.30 petang dan berakhir pada 5 petang. Hari Isnin adalah latihan bagi rumah merah dan biru manakala hari Selasa bagi rumah hijau dan kuning. Begitulah seterusnya secara berganti-ganti.
Antara aksi murid sedang melakukan latihan.

Sebelum acara sukan tahunan diadakan akan dijalankan dahulu sukan tara dan pra-sukan untuk memungut mata bagi rumah masing-masing. Diadakan juga karnival bagi bolasepak dan bola jaring antara rumah. Diharap acara sukan pada tahun ini berjalan lancar sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Selamat bersukan bagi semua murid SK Seri Bidor!

Pada hari Ahad 11 Januari 2009, kami diSK Seri Bidor menerima berita yang agak mengejutkan. Cikgu Anita Jayamalar a/p Augustine John telah kehilangan suami yang tersayang akibat kemalangan jalanraya. Kemalangan yang berlaku pada jam 6.30 petang Sabtu 10 Januari itu terjadi dijalan Bidor - Sungkai berhampiran kampung Bikam. Kemalangan menyebabkan kereta mangsa terbakar dan mangsa terperangkap didalamnya.
Puan Anita Jayamalar

Cikgu Anita dan suaminya baru sahaja mendirikan rumahtangga lebih kurang sebulan yang lalu dalam bulam Disember 2008. Kami rakan-rakan di SK Seri Bidor mengucapkan takziah kepada cikgu Anita dan berharap beliau bersabar menempuh dugaan ini.

Doa untuk Palestin


"Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa,

wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin,Afghanistan,Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Sesi persekolahan bagi tahun 2009 sudah bermula hari ini. Semua guru dan murid memulakan hari pertama dengan ceria dan penuh semangat. Bagi SK. Seri Bidor, hari pertama ini berjalan lancar. Ibu bapa yang menghantar anak-anak kesekolah beransur pulang setelah anak masing-masing masuk kekelas. Tiada lagi suasana seperti masa-masa dulu,ada ibu bapa yang terpaksa duduk 'belajar' sekali dengan anak didalam kelas. Mungkin kerana anak-anak sekarang sudah biasa ditinggalkan atau sudah biasa dengan suasana persekolahan. Ada yang dari usia 4 atau 5 tahun sudah bersekolah sama ada prasekolah atau pusat bimbingan yang lain.

Murid ceria memulakan sesi baru 2009
Guru bertugas mingguan diperhimpunan pagi.

Semoga tahun 2009 ini akan membawa kejayaan yang lebih lagi kepada murid,guru dan SK Seri Bidor keseluruhannya.

;;