Salam Eidulfitri

Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita. Sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini, kita ditarbiah secara jasmani dan rohani melawan hawa nafsu. Dengan syawal yang kian menjelma, diharap apa yang telah dilalui sepanjang ramadhan akan terus berkekalan kebulan- bulan seterusnya seperti amalan solat sunat, membaca al- Quran, bersedekah dan segala amalan baik yang lain. InsyaAllah...Sempena 1 syawal..diucapkan selamat menyambut hari raya eidulfitri..minal 'aidi wal faizin..kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Seri Bidor. semoga syawal ini membawa keceriaan dan kegembiraan kepada kita semua dan semoga kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya disisi Allah. sambutlah syawal dengan cara yang diredhai oleh Allah.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD...

Tahniah lagi..


Kalau pada awal September lalu, seorang guru SKSB
( Cikgu Zurina ) telah selamat mendapat cahayamata..selang lebih kurang seminggu kemudian seorang lagi guru SKSB mengikut jejak langkahnya. Cikgu Norliza Bt Rahmat telah selamat melahirkan cahayamatanya pada hari Ahad 6 September lalu. Untuk beliau kami ucapkan setinggi tahniah atas rahmat yang diterima.

Selamat Berjuang..!

Hari ini 8 September bermula lah peperiksaan UPSR bagi murid tahun 6 seluruh Malaysia. Ianya akan berakhir pada 10 September nanti. Selepas tamat peperiksaan UPSR akan ada pula ujian kelayakan kesekolah berasrama penuh dijadualkan pada jam 2.00 petang 10 september tersebut. Seterusnya bagi murid Islam sekolah rendah seluruh negeri Perak pula akan diadakan ujian pendidikan Islam bagi kelayakan memasuki sekolah agama pada 15 September, seminggu selepas UPSR. Bagi semua ujian dan peperiksaan yang akan dihadapi oleh murid tahun 6 itu, kami ucapkan selamat berjuang dengan tenang dan berhati-hati. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang sebagaimana yang dihajati dan diusahakn serta diiringi doa dan tawakkal. Bittaufiq wannajah..!


*Murid tahun 6 bermaafan dan memohon restu dari semua guru untuk menghadapi peperiksaan.
*calon dibekalkan dengan penutup hidung (mask) sepanjang peperikaan bagi mengelak jangkitan H1N1.

Tahniah Cikgu Zurina



Warga SK Seri Bidor mengucapkan berbanyak tahniah kepada Cikgu Zurina atas kelahiran anaknya yang ke-5. beliau telah selamat melahirkan seorang puteri pada 1 September yang lalu. Semoga dengan kelahiran ini akan memberi lebih kegembiraan kepada ibubapanya serta mendapat rahmat dari Allah hendaknya.

;;