Perlantikan Pengawas

Perlantikan pengawas sekolah serta pengawas pusat sumber bagi sesi 2010 telah diadakan pada Hari Isnin 11 januari. Bertempat dipadang perhimpunan, acara pembacaan ikrar diadakan serentak bagi kedua-dua unit pengawas serta penyerahan watikah pelantikan oleh Puan Guru Besar kepada wakil pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Diharap..kepada semua pengawas yang dilantik dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan cemerlang dan menjadi contoh tauladan kepada murid-murid yang lain.


Upacara melafazkan ikrar pengawas sekolah & pengawas pusat sumber

Diucapkan selamat kembali ke sekolah untuk sesi 2010 kepada semua guru dan murid SK Seri Bidor. semoga tahun baru ini membawa kerahmatan dan kejayaan yang lebih gemilang dari sebelumnya. Bagi guru-guru, semoga tabah mengharungi kerenah anak murid demi masa depan mereka. Untuk tahun 2010 ini, seramai 4 orang guru telah berpindah kesekolah lain dan 3 orang guru baru masuk sebagai ganti.

Guru Keluar :

1. Puan Azian Bt Abbas - ke SK Bidor
2. Puan Aung Siew heow - ke SRJK (c) Chung Hua 1
3. Puan Anita Jeyamalar - ke Selangor
4. Ustaz Nik Asri B. Ahmad Ali - ke SK Behrang

Guru Masuk :

1. Puan Balkhis Bt Mohd halim
2. Puan Marliana Bt Ahmad
3. Cik Zalina Bt Mat Ail

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang bertukar atas jasa dan sumbangan selama ini..dan selamat datang kepada guru yang baru menjadi warga Seri Bidor. Selamat bertugas!

;;