Lawatan ke Kem Tentera

Program lawatan & aktiviti di Kem 2RRD, Kem Syed Putra Ipoh adalah program terakhir bagi murid tahun 6 tahun 2009 ini. Ini adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada murid tentang kerjaya dibidang ketenteraan dan juga sebagai salah satu program selepas peperiksaan UPSR. Antara aktiviti yang dijalankan disana ialah taklimat kerjaya dan motivasi, melawat muzium 2RRD, demontrasi merempuh halangan, pameran senjata dan lawatan ke survival village. Lawatan yang berakhir lebih kurang jam 2.00 petang itu diharap memberi pengalaman yang berguna kepada murid yang mengikutinya.



Lagi gambar dalam 'galeri' gambar...

0 comments: