Kem Bestari Solat


Kem Bestari Solat kali pertama bagi tahun 1 dan 2 telah diadakan pada hari Sabtu 7 Mac yang lalu. Untuk tahun ini, 2 peringkat terpaksa dijalankan memandangkan jumlah murid yang meningkat iaitu peringkat satu bagi tahun 1 dan 2 manakala peringkat dua bagi tahun 3,4 dan 5. Selepas ini akan diadakan pula kem bagi peringkat dua. Pembahagian peringkat ini adalah bertujuan untuk memudahkan para fasilitator memberi tumpuan yang lebih didalam kumpulan yang kecil.

Penerangan mengenai gambar :

A. Mendengar taklimat oleh Ustazah sebelum masuk dalam kumpulan yang telah ditetapkan.
B. Suasana didalam kelas..antara pengisian ialah latih tubi membaca dan menghafaz niat solat.
C. Baca doa sebelum makan.
D. Amali wudu'.
E. Solat Zuhur berjemaah.

0 comments: