
| |||||||
Umat Islam seluruh dunia telah sama-sama menyambut kemuliaan Aidil Adha baru-baru ini, sama ada yang sedang menunaikan fardu hajii di tanah-tanah suci, ataupun di tanah air masing-masing, semangat takbir yang dilaungkan pada 10 13 Zulhijjah setiap tahun, mengandungi pengajaran yang amat besar dan meninggalkan kesan mendalam dalam sanubari umat Islam. Ini kerana laungan takbir yang dilaungkan pada hari-hari berkenaan, bertujuan untuk membesarkan Allah SWT di atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada semua. Justeru, sepatutnya setiap diri daripada kita yang mengaku Islam, perlu mengetahui secara mendalam pensyariatan laungan takbir pada malam hari raya. Ia adalah untuk mengisytihar, bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang tidak pernah sama memungkiri janji-Nya terhadap hamba-Nya Muhammad untuk memenangkannya dalam medan pertempuran menghadapi pihak musuh (pasukan al-Ahzab) yang terdiri daripada puluhan ribu tentera menghadapi tentera Islam yang kecil jumlahnya. Sesungguhnya laungan takbir mempunyai makna tersendiri yang mesti difahami dengan jelas oleh setiap individu muslim yang beriman bahawa Allah adalah Tuhan mereka, iaitu menjelmakan kefahaman bahawa Allah adalah segala-segalanya seperti maksud di bawah ini : 1- Kita percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, kita juga percaya bahawa tiada undang-undang yang lebih hebat daripada undang-undang-Nya. 2- Kita meyakini bahawa setiap masalah yang timbul adalah daripada-Nya dan jalan penyelesaiannya juga adalah daripada-Nya. 3- Kita mesti beradab dengan kitab suci al-Quran tanpa ada sebarang perasaaan ragu atau syak terhadapnya. 4- Kita hanya tunduk kepada Allah dan agama-Nya (Islam) sahaja, serta menjauhkan diri daripada menganut ajaran atau fahaman yang tiada kena mengena dengan Islam. 5- Kita berjanji untuk menunaikan segala sumpahan kita terhadap-Nya seperti lafaz dalam doa iftitah, al-Fatihah dan doa Qunut. 6- Pasrah hanya kepada Allah dengan menyanjung tinggi serta mendaulatkan undang-undang Islam yang lebih tinggi daripada undang-undang ciptaan manusia yang serba kekurangan. 7- Menjadikan Allah matlamat dalam kehidupan kita termasuk ungkapan, tindakan dan keputusan yang dibuat. 8- Meyakini bahawa segala bencana yang menimpa adalah atas kesilapan kita sendiri dan termasuk dalam senarai qada dan qadar Allah. 9- Merasa takut dan cemas akan ancaman Allah. 10- Takut kepada azab api neraka. 11- Tidak memilih pemimpin yang menyalahi Syariat Islam, sama ada dari sudut perbuatan, tingkah laku (body language), role model, percakapan dan lain-lain. 12- Tidak terdetik sedikitpun dalam hati untuk tidak percaya kepada Allah pada undang-undang, hukuman dan sebagainya. 13- Menjadikan rumah Allah sebagai tempat mengembalikan kemuliaan Islam dalam segenap aspek dan bukan hanya tempat untuk beribadat semata-mata. 14- Mensuci dan membesarkan Allah pada sifat-sifat serta nama-nama-Nya. 15- Meyakini bahawa Allah tidak membiarkan hamba-hamba-Nya meraba-raba di muka bumi ini tanpa buku panduan. 16- Menjadikan diri kita patuh, setia serta taat hanya kepada-Nya sahaja. Sementara maksud korban pula, ia merupakan istilah daripada bahasa Arab yang bererti hampir/dekat, iaitu ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail. Korban binatang ternakan adalah dikira sebagai satu ibadat kepada Allah SWT, apabila ia disebut sebagai ibadat, sudah pasti ibadat itu sendiri tidak dapat menerima perlakuan maksiat ketika ibadat korban sedang berlangsung. Sebagai contoh, apabila seorang wanita itu berniat untuk menunaikan ibadat solat, lengkap dengan mengambil wuduk serta tempat solat yang suci dari sebarang najis yang nyata, tetapi ketika dia melakukan solat, dia bersolek atau memakai baju kebaya yang mendedahkan auratnya, apakah kita dapat menerima hakikat yang mengatakan ibadat solatnya itu sah dan diterima di sisi Allah kerana ibadatnya bercampur dengan maksiat kepada Allah. Begitulah dengan ketegasn Allah SWT yang menjelaskan dalam ayat 37 surah al-Haj yang bermaksud : Daging-daging (unta, lembu, kambing) dan darahnya yang dikorbankan itu, sekali-kali tidak mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Jelas dari apa yang ditegaskan Allah dalam ayat tersebut di atas, sesuatu amalan ibadat korban dengan menyembelih binatang-binatang ternakan pada hari raya itu hanya diterima dari mereka yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Dalam ayat 27 surah al-Maidah pula Allah berfirman yang bermaksud : Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa. Persoalan di sini, adakah orang yang berkorban binatang ternakan pada hari raya korban dengan penampilan macam orang yang tidak beriman boleh dikategorikan sebagai bertakwa kepada Allah?. Sepatutnya mereka perlu tahu keadaan dan tempat yang membezakan diri mereka pada waktu ibadat korban dijalankan, sebenarnya penampilan mereka itu memperlihatkan kecetekan ilmu yang ada pada diri mereka sendiri, malah memberi ruang kepada orang lain menghukumnya sebagai seorang warga kota yang tidak peka amalan serta ajaran agama. Tetapi apakah sebenarnya takwa itu yang membezakan antara kita dengan mereka yang kurang peka terhadap Islam? Takwa seperti yang pernah dijelaskan oleh Saidina Ali Bin Abi Talib ialah : Takut kepada Allah Yang Maha Mulia, beramal dengan isi kandungan al-Quran, reda dengan apa yang sedikit ada pada kita dan bersiap untuk hari pembalasan untuk bertemu dengan Allah. Takwa juga menurut sebahagian ulama ialah membersihkan diri dari sifat-sifat terkeji dan melaksanakan segala tuntutan agama Allah SWT. Selanjutnya, sesuatu ibadat itu tidak diterima di sisi Allah melainkan dilakukan atas dasar ilmu dan kefahaman yang mendalam seperti yang telah disyaratkan dalam ilmu Usul Fiqh. Kesimpulannya, ibadat mesti dilakukan dengan rasa rendah diri kepada Allah dan menerusi kemantapan ilmu yang diwariskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Perkara yang perlu dielak ketika menyertai ibadat korban sebagai renungan dan peringatan : 1- Tidak memakai seluar pendek. 2- Tidak bersolek atau memakai baju kebaya belah. 3- Tidak merokok ketika ibadat korban dijalankan. 4- Tidak bercakap pada perkara dunia semasa mata pisau diletakkan atas leher binatang sembelihan. 5- Tidak memakai baju yang tertera tulisan Tiger, Carlsberg, Sports Toto, Magnum ENE, Guinness, Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million, Malaysian Idol atau pakaian sukan yang tertera nama-nama pemain bolasepak yang beragama Kristian dan sebagainya. Apa yang penting, hayati ibadat korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi ismail sebagai iktibar berguna meniti jalan takwa kepada Allah. Tulisan asal oleh :Ustaz Zainudin Hashim Thu | Dec 18, 08 | 9:48:35 am |
'MUAR: Sembilan orang terdiri daripada lima wanita dan empat lelaki terbunuh, manakala 19 orang lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbalik di Kilometer 146, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tangkak di sini awal pagi ini...'
'KUALA LUMPUR: Seorang bapa hanya mampu menyuruh anaknya mengucap banyak-banyak sebaik mendengar jeritan terakhir anak lelakinya ketika kediaman mereka di Bukit Antarabangsa dilanda tanah runtuh jam 3.30 awal pagi semalam, sebelum remaja itu ditemui mati dihempap konkrit kira-kira tiga jam kemudian...'
'SEPANG: Mayat mendiang Hemalatha Kassipilay, 51, rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian serangan pengganas di Mumbai, India Rabu lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pagi semalam...'
'PASIR MAS: Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meranti, di sini, dipercayai menjadi mangsa banjir kedua di Kelantan selepas dikhuatiri lemas ketika bermain air seorang diri di Sungai Golok berhampiran rumahnya di Kampung Kubang Pak Itam, di sini, kira-kira jam 2 petang, semalam...'
Tarikh : 15 November 2008
Masa : 8.45 pagi - 11.30 pagi
Pelajar yang mendapat 5A bersama sebahagian guru dan ibu bapa mereka.
Keputusan UPSR telah diumumkan pada 13 November 2008 hari khamis yang lalu. Bagi SK Seri Bidor keputusannya adalah seperti berikut :
Jumlah calon : 74 orang
Lulus semua : 58 orang
Peratus lulus keseluruhan : 78.4%
Murid yang mendapat 5A seramai 18 0rang iaitu :
1. Akmal Nawarah Bt Zulkifli
2. Jasswen a/p Achutan
3. Khantaganesh a/l Kirubaharan
4. Muhamad Nur Naim B. Zamri
5. Muhamad Zul Afkar B. Rosli
6. Ng jern Henn
7. Nor Azra Shahirah Bt Mohd Azman
8. Nur Shahirah Bt Mahmoud Sherzeman
9. Nur Izieyanti Bt Mohd Azlan
10. Nurul Asyikin Bt Mohd Radzi
11. Nurul Atiqah Bt Mohd Pauzi
12. Nurul Naim Bt Jusoh
13. Nurul Syafiqah Bt Saparuddin
14. Prithiviraj a/l Thamilselvan
15. Rachel Mercy Nelson
16. Sarah Nur Aqilah Bt Amin Shukri
17. Sew Qi Ni
18. Shafidatul Natasha Bt. Shamsor
Tahniah kepada semua guru,ibu bapa dan murid SK Seri Bidor. Semoga tahun depan akan lebih cemerlang.
Tarikh : 24 Oktober 2008
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pagi hingga 11.50 pagi
1. Perhimpunan Pagi
Majlis khatam al-Quran peringkat sekolah SK Seri Bidor telah berlansung pada Jumaat 17 Oktober 2008 bersamaan 17 Syawal 1429h. Majlis ini pada awalnya dirancang diadakan pada bulan Ramadhan tetapi terpaksa ditunda hingga ke tarikh ini atas sebab-sebab tertentu. Peserta majlis khatam Quran ini terdiri dari murid tahun 6 yang telah tamat belajar al-Quran dan juga yang telah khatam semasa tadarus dibulan Ramadhan yang lalu. Semoga al-Quran terus menjadi panduan dalam hidup kita semua..InsyaAllah.
Peserta kalam jama'ie SK Seri Bidor terdiri dari murid tahun 2 hingga 4 j-Qaf dan dianggotai oleh 30 orang kesemuanya perempuan. Diharap pada masa yang akan datang pencapaian akan terus meningkat.
Murid membaca Yasin dengan dipimpin oleh Ustaz atau guru.
Semoga segala usaha dan hajat kami diberkati dan dimakbulkan oleh Allah..amin.
Sekarang kita berada dibulan Syaaban...sebelum ini kita melalui bulan Rejab dengan penuh kesyukuran. Bulan Rejab dimana berlakunya satu peristiwa besar bagi umat Islam iaitu Isra' dan Mi'raj. Mukjizat terbesar Rasulullah selain Al-Quran ini menyaksikan ibadat solat difardukan.Ibadat yang paling utama dan menjadi rukun Islam yang kedua.
Lebih kurang sebulan lagi Ramadhan pula akan tiba..padanya kewajipan berpuasa yang menjadi rukun Islam yang ketiga.Bulan yang penuh kerahmatan,keampunan dan berbagai kebaikan lagi.Padanya ada Lailatul Qadar yang mana beribadat pada malamnya akan mendapat ganjaran seribu bulan..Alangkah beruntungnya umat Muhammad...
Penceramah jemputan, Ustaz Fauzi dari Jabatan Agama Islam Slim River sedang menyampaikan ceramah.
Guru dan murid khusyu' mendengar ceramah.
Kuliah subuh oleh Ustaz Safri
Diharap, program ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat..InsyaAllah.
Pintu masuk bagi perempuan...
Rak simpanan Al- Quran disurau...
Sudut pandang dengar dan papan kenyataan
Mimbar untuk amali khutbah..
Panitia Pendidikan Islam adalah salah satu Panitia yang terpenting disekolah.Ia bukan sahaja berfungsi sebagai satu kumpulan tenaga pengajar yang semata-mata mengajar tentang sukatan pelajaran Pendidikan Islam,tetapi lebih dari itu ia merupakan tonggak dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan cemerlang juga akhlaknya.Oleh itu Panitia ini sentiasa dan perlu sentiasa bergerak aktif kearah itu. Oleh kerana itu,tanggungjawab yang terpikul diatas bahu ahli dalam Panitia ini yang terdiri dari 'ustaz dan ustazah' adalah untuk melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan kuat pegangan agama..bukan sekadar boleh membaca Al-Quran atau menjawab peperiksaan dengan cemerlang. Semoga Allah memberi kekuatan dan hidayahNya kepada kami dalam melaksanakan tanggungjawab ini..Amin...