Umat Islam seluruh dunia telah sama-sama menyambut kemuliaan Aidil Adha baru-baru ini, sama ada yang sedang menunaikan fardu hajii di tanah-tanah suci, ataupun di tanah air masing-masing, semangat takbir yang dilaungkan pada 10 13 Zulhijjah setiap tahun, mengandungi pengajaran yang amat besar dan meninggalkan kesan mendalam dalam sanubari umat Islam.






Ini kerana laungan takbir yang dilaungkan pada hari-hari berkenaan, bertujuan untuk membesarkan Allah SWT di atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada semua. Justeru, sepatutnya setiap diri daripada kita yang mengaku Islam, perlu mengetahui secara mendalam pensyariatan laungan takbir pada malam hari raya.

Ia adalah untuk mengisytihar, bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang tidak pernah sama memungkiri janji-Nya terhadap hamba-Nya Muhammad untuk memenangkannya dalam medan pertempuran menghadapi pihak musuh (pasukan al-Ahzab) yang terdiri daripada puluhan ribu tentera menghadapi tentera Islam yang kecil jumlahnya.

Sesungguhnya laungan takbir mempunyai makna tersendiri yang mesti difahami dengan jelas oleh setiap individu muslim yang beriman bahawa Allah adalah Tuhan mereka, iaitu menjelmakan kefahaman bahawa Allah adalah segala-segalanya seperti maksud di bawah ini :

1- Kita percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, kita juga percaya bahawa tiada undang-undang yang lebih hebat daripada undang-undang-Nya.

2- Kita meyakini bahawa setiap masalah yang timbul adalah daripada-Nya dan jalan penyelesaiannya juga adalah daripada-Nya.

3- Kita mesti beradab dengan kitab suci al-Quran tanpa ada sebarang perasaaan ragu atau syak terhadapnya.

4- Kita hanya tunduk kepada Allah dan agama-Nya (Islam) sahaja, serta menjauhkan diri daripada menganut ajaran atau fahaman yang tiada kena mengena dengan Islam.

5- Kita berjanji untuk menunaikan segala sumpahan kita terhadap-Nya seperti lafaz dalam doa iftitah, al-Fatihah dan doa Qunut.

6- Pasrah hanya kepada Allah dengan menyanjung tinggi serta mendaulatkan undang-undang Islam yang lebih tinggi daripada undang-undang ciptaan manusia yang serba kekurangan.

7- Menjadikan Allah matlamat dalam kehidupan kita termasuk ungkapan, tindakan dan keputusan yang dibuat.

8- Meyakini bahawa segala bencana yang menimpa adalah atas kesilapan kita sendiri dan termasuk dalam senarai qada dan qadar Allah.

9- Merasa takut dan cemas akan ancaman Allah.

10- Takut kepada azab api neraka.

11- Tidak memilih pemimpin yang menyalahi Syariat Islam, sama ada dari sudut perbuatan, tingkah laku (body language), role model, percakapan dan lain-lain.

12- Tidak terdetik sedikitpun dalam hati untuk tidak percaya kepada Allah pada undang-undang, hukuman dan sebagainya.

13- Menjadikan rumah Allah sebagai tempat mengembalikan kemuliaan Islam dalam segenap aspek dan bukan hanya tempat untuk beribadat semata-mata.

14- Mensuci dan membesarkan Allah pada sifat-sifat serta nama-nama-Nya.

15- Meyakini bahawa Allah tidak membiarkan hamba-hamba-Nya meraba-raba di muka bumi ini tanpa buku panduan.

16- Menjadikan diri kita patuh, setia serta taat hanya kepada-Nya sahaja.

Sementara maksud korban pula, ia merupakan istilah daripada bahasa Arab yang bererti hampir/dekat, iaitu ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail.

Korban binatang ternakan adalah dikira sebagai satu ibadat kepada Allah SWT, apabila ia disebut sebagai ibadat, sudah pasti ibadat itu sendiri tidak dapat menerima perlakuan maksiat ketika ibadat korban sedang berlangsung.

Sebagai contoh, apabila seorang wanita itu berniat untuk menunaikan ibadat solat, lengkap dengan mengambil wuduk serta tempat solat yang suci dari sebarang najis yang nyata, tetapi ketika dia melakukan solat, dia bersolek atau memakai baju kebaya yang mendedahkan auratnya, apakah kita dapat menerima hakikat yang mengatakan ibadat solatnya itu sah dan diterima di sisi Allah kerana ibadatnya bercampur dengan maksiat kepada Allah.

Begitulah dengan ketegasn Allah SWT yang menjelaskan dalam ayat 37 surah al-Haj yang bermaksud : Daging-daging (unta, lembu, kambing) dan darahnya yang dikorbankan itu, sekali-kali tidak mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.

Jelas dari apa yang ditegaskan Allah dalam ayat tersebut di atas, sesuatu amalan ibadat korban dengan menyembelih binatang-binatang ternakan pada hari raya itu hanya diterima dari mereka yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT.

Dalam ayat 27 surah al-Maidah pula Allah berfirman yang bermaksud : Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.

Persoalan di sini, adakah orang yang berkorban binatang ternakan pada hari raya korban dengan penampilan macam orang yang tidak beriman boleh dikategorikan sebagai bertakwa kepada Allah?.

Sepatutnya mereka perlu tahu keadaan dan tempat yang membezakan diri mereka pada waktu ibadat korban dijalankan, sebenarnya penampilan mereka itu memperlihatkan kecetekan ilmu yang ada pada diri mereka sendiri, malah memberi ruang kepada orang lain menghukumnya sebagai seorang warga kota yang tidak peka amalan serta ajaran agama.

Tetapi apakah sebenarnya takwa itu yang membezakan antara kita dengan mereka yang kurang peka terhadap Islam?

Takwa seperti yang pernah dijelaskan oleh Saidina Ali Bin Abi Talib ialah : Takut kepada Allah Yang Maha Mulia, beramal dengan isi kandungan al-Quran, reda dengan apa yang sedikit ada pada kita dan bersiap untuk hari pembalasan untuk bertemu dengan Allah.

Takwa juga menurut sebahagian ulama ialah membersihkan diri dari sifat-sifat terkeji dan melaksanakan segala tuntutan agama Allah SWT.

Selanjutnya, sesuatu ibadat itu tidak diterima di sisi Allah melainkan dilakukan atas dasar ilmu dan kefahaman yang mendalam seperti yang telah disyaratkan dalam ilmu Usul Fiqh.

Kesimpulannya, ibadat mesti dilakukan dengan rasa rendah diri kepada Allah dan menerusi kemantapan ilmu yang diwariskan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Perkara yang perlu dielak ketika menyertai ibadat korban sebagai renungan dan peringatan :

1- Tidak memakai seluar pendek.

2- Tidak bersolek atau memakai baju kebaya belah.

3- Tidak merokok ketika ibadat korban dijalankan.

4- Tidak bercakap pada perkara dunia semasa mata pisau diletakkan atas leher binatang sembelihan.

5- Tidak memakai baju yang tertera tulisan Tiger, Carlsberg, Sports Toto, Magnum ENE, Guinness, Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million, Malaysian Idol atau pakaian sukan yang tertera nama-nama pemain bolasepak yang beragama Kristian dan sebagainya.

Apa yang penting, hayati ibadat korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi ismail sebagai iktibar berguna meniti jalan takwa kepada Allah.

Tulisan asal oleh :
Ustaz Zainudin Hashim
Thu | Dec 18, 08 | 9:48:35 am

TAKZIAH...!

Bulan Disember yang merupakan bulan terakhir dalam kalendar masihi pada tahun 2008 ini agak menjadi bulan yang gerhana. Ini kerana banyak peristiwa yang tidak diingini berlaku. Tetapi, sebagai umat Islam kita mesti meyakini bahawa semua yang terjadi itu ada sebab musabab dan hikmahnya. Cuma mungkin kita tidak mengetahui dengan pancaindera yang lima ini secara nyata.

'MUAR: Sembilan orang terdiri daripada lima wanita dan empat lelaki terbunuh, manakala 19 orang lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbalik di Kilometer 146, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tangkak di sini awal pagi ini...'

'KUALA LUMPUR: Seorang bapa hanya mampu menyuruh anaknya mengucap banyak-banyak sebaik mendengar jeritan terakhir anak lelakinya ketika kediaman mereka di Bukit Antarabangsa dilanda tanah runtuh jam 3.30 awal pagi semalam, sebelum remaja itu ditemui mati dihempap konkrit kira-kira tiga jam kemudian...'

'SEPANG: Mayat mendiang Hemalatha Kassipilay, 51, rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian serangan pengganas di Mumbai, India Rabu lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pagi semalam...'

'PASIR MAS: Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meranti, di sini, dipercayai menjadi mangsa banjir kedua di Kelantan selepas dikhuatiri lemas ketika bermain air seorang diri di Sungai Golok berhampiran rumahnya di Kampung Kubang Pak Itam, di sini, kira-kira jam 2 petang, semalam...'

Diatas adalah beberapa petikan dari sebuah akhbar harian yang memaparkan beberapa peristiwa yang menyayat hati yang berlaku dinegara kita atau yang melibatkan rakyat negara kita. Diharap kita semua dapat mengambil iktibar dari peristiwa-peristiwa ini dan mengambil langkah sewajarnya agar ianya tidak berulang lagi pada masa hadapan. Takziah kepada mangsa dan keluarga yang terlibat. Kepada mangsa yang beragama Islam..Al-Fatihah...!

Selamat Bercuti


Selamat bercuti kepada semua murid dan kakitangan SK Seri Bidor. Diharap sepanjang musim cuti ini semua murid menjaga keselamatan dan keselamatan diri. Semoga dapat terus menimba ilmu dengan lebih ceria dan bersemangat pada tahun hadapan. Kepada murid tahun enam yang akan meninggalkan sekolah ini untuk keperingkat menengah rendah, selamat meneruskan perjuangan memburu ilmu. Jaga akhlak dan tingkahlaku sepanjang menempuh alam remaja dan semoga berjaya menjejakkan kaki keperingkat menara gading.



Hari Anugerah Kecemerlangan SK Seri Bidor Tahun 2008


Hari : Sabtu

Tarikh : 15 November 2008

Masa : 8.45 pagi - 11.30 pagi



Tahniah kepada semua murid yang mendapat anugerah pada hari tersebut. Semoga ini menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya. Kepada yang kurang berjaya cuba lagi pada masa yang akan datang. Tahniah juga kepada para guru dan ibu bapa yang memberikan komitmen yang jitu demi kejayaan anak-anak. Kehadiran para ibu bapa amat menggalakkan memandangkan ianya diadakan pada hari sabtu. Tambahan pula inilah peluang untuk para ibu bapa melihat sendiri saat - saat gembira anak-anak disekolah sama ada yang menerima anugerah ataupun yang membuat persembahan. Semoga jumpa lagi pada tahun hadapan.

UPSR 2008

Pelajar yang mendapat 5A bersama sebahagian guru dan ibu bapa mereka.

Keputusan UPSR telah diumumkan pada 13 November 2008 hari khamis yang lalu. Bagi SK Seri Bidor keputusannya adalah seperti berikut :

Jumlah calon : 74 orang
Lulus semua : 58 orang
Peratus lulus keseluruhan : 78.4%

Murid yang mendapat 5A seramai 18 0rang iaitu :

1. Akmal Nawarah Bt Zulkifli
2. Jasswen a/p Achutan
3. Khantaganesh a/l Kirubaharan
4. Muhamad Nur Naim B. Zamri
5. Muhamad Zul Afkar B. Rosli
6. Ng jern Henn
7. Nor Azra Shahirah Bt Mohd Azman
8. Nur Shahirah Bt Mahmoud Sherzeman
9. Nur Izieyanti Bt Mohd Azlan
10. Nurul Asyikin Bt Mohd Radzi
11. Nurul Atiqah Bt Mohd Pauzi
12. Nurul Naim Bt Jusoh
13. Nurul Syafiqah Bt Saparuddin
14. Prithiviraj a/l Thamilselvan
15. Rachel Mercy Nelson
16. Sarah Nur Aqilah Bt Amin Shukri
17. Sew Qi Ni
18. Shafidatul Natasha Bt. Shamsor

Tahniah kepada semua guru,ibu bapa dan murid SK Seri Bidor. Semoga tahun depan akan lebih cemerlang.

Tahniah...!



Ucapan tahniah kepada Ustazah Mahiyah Bt Yasin ( kiri gambar) diatas kelahiran cahayamata yang pertamanya. Beliau selamat melahirkan bayi lelaki pada hari Jumaat 7 November 2008 yang lalu pada jam 12.52 pm. Bayi lelaki seberat 3.5 kg itu beserta ibu nya dalam keadaan sihat walafiat. Semoga dengan kelahiran cahayamata ini memberi kebahagiaan dan kerahmatan yang melimpah dari Allah Taala.

Hari kanak-kanak

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH.
Tarikh : 24 Oktober 2008
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pagi hingga 11.50 pagi

ATURCARA :
1. Perhimpunan Pagi

















2. Ucapan wakil murid














3. Ucapan Penolong Kanan 1














4. Anugerah Tokoh kanak-kanak (4 orang dari tahap 1 dan 2)














5. Acara memotong kek (setiap kelas)














6. Pertandingan membuat kek kertas dan kad ucapan hari kanak-kanak(antara kelas)




























7. Makan...














8. Penyampaian hadiah..














9. Tayangan perdana...














10. Bersurai...
Sambutan hari kanak-kanak ini juga disambut serentak dengan sambutan hari raya Aidilfitri bagi murid Islam dan deepavali bagi murid yang beragama hindu.

majlis khatam al-Quran

Majlis khatam al-Quran peringkat sekolah SK Seri Bidor telah berlansung pada Jumaat 17 Oktober 2008 bersamaan 17 Syawal 1429h. Majlis ini pada awalnya dirancang diadakan pada bulan Ramadhan tetapi terpaksa ditunda hingga ke tarikh ini atas sebab-sebab tertentu. Peserta majlis khatam Quran ini terdiri dari murid tahun 6 yang telah tamat belajar al-Quran dan juga yang telah khatam semasa tadarus dibulan Ramadhan yang lalu. Semoga al-Quran terus menjadi panduan dalam hidup kita semua..InsyaAllah.





























Ihtifal j-Qaf

Majlis Ihtifal j-Qaf daerah Batang Padang telah berlansung pada hari Sabtu 11 Oktober 2008 di SK Sungkai. SK seri Bidor telah menghantar peserta kalam jama'ie bagi mewakili kelompok 3 manakala acara-acara lain seperti kuiz,hafazan dan tilawah diwakili sekolah lain. Pada penyertaan kali ini,kumpulan kalam jama'ie SK Seri Bidor hanya menduduki tempat ke empat daripada 6 kelompok yang bertanding.















Peserta kalam jama'ie SK Seri Bidor terdiri dari murid tahun 2 hingga 4 j-Qaf dan dianggotai oleh 30 orang kesemuanya perempuan. Diharap pada masa yang akan datang pencapaian akan terus meningkat.

IHYA' RAMADHAN

Program tahunan panitia pendidikan Islam ini diadakan untuk pelajar tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Majlis bacaan Yasiin dan Solat Hajat ini di mulai seawal bulan Julai sehingga lah keminggu terakhir menjelang UPSR. Setelah bertungkus-lumus sepanjang tahun doa dan tawakal kepada Allah adalah suatu kewajipan.

Majlis diadakan pada hari Khamis dan Jumaat setiap minggu. Pada tahun ini diadakan juga majlis ini bersama ibu bapa dan guru iaitu pada 28 Ogos yang lalu. kehadiran ibu bapa yang mengalakkan menunjukkan komitmen dan harapan yang tinggi terhadap anak-anak mereka. Jamuan makan sempena akikah oleh beberapa orang guru juga diadakan serentak.

Selain untuk memohon keberkatan dari Allah, majlis ini juga bertujuan melatih murid mengamalkan doa dan tawakal dalam apa juga urusan. Murid tahu cara-cara atau kaifiat membaca Yasiin dan juga Solat Hajat seterusnya menjadi amalan sepanjang hayat, InsyaAllah..







Murid membaca Yasin dengan dipimpin oleh Ustaz atau guru.






Semoga segala usaha dan hajat kami diberkati dan dimakbulkan oleh Allah..amin.

Menjelang Ramadhan

Sekarang kita berada dibulan Syaaban...sebelum ini kita melalui bulan Rejab dengan penuh kesyukuran. Bulan Rejab dimana berlakunya satu peristiwa besar bagi umat Islam iaitu Isra' dan Mi'raj. Mukjizat terbesar Rasulullah selain Al-Quran ini menyaksikan ibadat solat difardukan.Ibadat yang paling utama dan menjadi rukun Islam yang kedua.

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
" Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."


Lebih kurang sebulan lagi Ramadhan pula akan tiba..padanya kewajipan berpuasa yang menjadi rukun Islam yang ketiga.Bulan yang penuh kerahmatan,keampunan dan berbagai kebaikan lagi.Padanya ada Lailatul Qadar yang mana beribadat pada malamnya akan mendapat ganjaran seribu bulan..Alangkah beruntungnya umat Muhammad...

Program Khemah Ibadah

Program khemah ibadah atau Qiamullail merupakan agenda tetap Panitia Pendidikan Islam SKSB. Ia bertujuan untuk menanam rasa cinta untuk melakukan ibadah khasnya ibadah solat samada wajib ataupun sunat. Selain itu ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang Qiamullail selain melatih jiwa dan akhlak.
















Penceramah jemputan, Ustaz Fauzi dari Jabatan Agama Islam Slim River sedang menyampaikan ceramah.


Program dimulai dengan pendaftaran peserta jam 4 petang dan taklimat ringkas. Selepas solat Asar berjemaah diadakan pula sesi LDK membincangkan perkara asas fardhu ain dan solat-solat sunat untuk Qiamullail. Pada jam 6.30 petang, peserta beredar untuk makan malam dan bersiap untuk solat maghrib. Selesai solat maghrib berjemaah diikuti solat hajat dan bacaan Yaasin dan seterusnya solat Isya' berjemaah.
















Guru dan murid khusyu' mendengar ceramah.


Selepas solat Isya' program diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Fauzi. Ceramah yang berakhir pada jam 10 malam itu banyak memberi kesedaran kepada peserta dan juga guru dalam menempuh hidup sehari- hari. Seterusnya peserta beredar untuk minum sebelum berkemas untuk tidur.
















Kuliah subuh oleh Ustaz Safri

Qiamullail bermula sekitar jam 4.30 pagi dengan pengisian solat sunat seperti solat sunat taubat, sunat hajat dan tahajjud serta zikir dan tasbih. Seterusnya solat subuh berjemaah dan kuliah subuh selepas itu disampaikan oleh Ustaz Safri bin Mahayudin,ahli keluarga baru dalam panitia Pendidikan Islam yang menggantikan Ustazah Farah Wahida yang bertukar ke Selangor. Seusai kuliah subuh, peserta bergerak untuk sarapan pagi dan mengemas untuk pulang. Peserta dibenarkan pulang selepas solat sunat Dhuha yang menutup program untuk kali ini.
Diharap, program ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat..InsyaAllah.


Surau Ar - Rahmah

Surau...sesuatu yang amat penting bagi panitia pendidikan Islam. DiSK. Seri Bidor ini terdapat sebuah surau yang diberi nama 'Surau Ar- Rahmah'. lokasinya di hadapan pintu masuk belakang sekolah. Berkapasiti lebih kurang 60 jemaah dalam satu- satu masa, ia dikira mencukupi dengan nisbah murid Islam disekolah ini. Surau ini yang dibina dengan tujuan asalnya untuk kegunaan guru dan kakitangan serta murid mendirikan solat kerana SK. Seri bidor waktu itu ada dua sesi pagi dan petang. Kini penggunaannya lebih meluas, selain dari untuk solat ia juga digunakan untuk majlis- majlis keagamaan lain seperti bacaan Yaasin dan solat hajat. Lebih dari itu ia juga digunakan sebagai kelas untuk P&P pada masa- masa tertentu memandangkan SK. Bidor menghadapi masalah kekurangan bilik darjah. Setelah program j-Qaf diperkenalkan, surau ini menjadi lebih penting dengan fungsinya sebagai tempat kem bestari solat dan juga tasmi'. Surau SK. Seri Bidor ini juga telah beberapa kali menyertai pertandingan 'AGA' peringkat negeri dan daerah. Hasilnya surau ini telah menjadi Johan 'AGA Surau' peringkat daerah Batang Padang pada tahun 2005 dan 2007 selain penyertaan diperingkat negeri mewakili daerah.
















Pintu masuk bagi perempuan...
















Rak simpanan Al- Quran disurau...
















Sudut pandang dengar dan papan kenyataan
















Mimbar untuk amali khutbah..

aktiviti bergambar

sekitar majlis Maulidur rasul...

















Ustazah2 nak buat kek istimewa katanya...


















sambil belah ikan bilis sambil makan...seronok...

















Cikgu Zul menunjukkan kemahiran 'mengacau' bubur asyra.
















Penceramah jemputan..Ustaz Tengku Zahid sedang
menyampaikan ceramahnya...

















Murid-Murid khusyu' mendengar ceramah..

AJK Panitia...


Ajk Panitia Pendidikan Islam Sesi 2007/2008 :

Pengerusi : Ustazah Aishah Binti Hamdi

Setiausaha : Mohd Zaidi Bin Zakaria

A/Jawatankuasa :

1. Ustazah Rosnah Binti Mohmud

2. Ustaz Nik Asri Bin Ahmad Ali

3. Ustazah Mahiyah Binti Yasin

4. Ustazah Siti Norhalizan Bt Yusuf

5. Ustazah Farah Wahida Bt Ariffin


Panitia Pendidikan Islam adalah salah satu Panitia yang terpenting disekolah.Ia bukan sahaja berfungsi sebagai satu kumpulan tenaga pengajar yang semata-mata mengajar tentang sukatan pelajaran Pendidikan Islam,tetapi lebih dari itu ia merupakan tonggak dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan cemerlang juga akhlaknya.Oleh itu Panitia ini sentiasa dan perlu sentiasa bergerak aktif kearah itu. Oleh kerana itu,tanggungjawab yang terpikul diatas bahu ahli dalam Panitia ini yang terdiri dari 'ustaz dan ustazah' adalah untuk melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan kuat pegangan agama..bukan sekadar boleh membaca Al-Quran atau menjawab peperiksaan dengan cemerlang. Semoga Allah memberi kekuatan dan hidayahNya kepada kami dalam melaksanakan tanggungjawab ini..Amin...

;;