KEM JATI DIRI

Program kem jati diri murid tahun 5 SK Seri Bidor telah dijalankan pada 3 Oktober 2009
( sabtu) yang lepas. Program ini dijalankan di kem PLKN Sinaran Suria Sungkai, Perak bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Program ini merupakan yang julung-julung kali diadakan oleh sekolah ini didalam kem PLKN dan juga aktiviti yang seumpamanya. Disertai oleh lebih kurang 70 orang murid diiringi oleh hampir semua guru-guru SKSB, aktiviti bagi program ini diuruskan sepenuhnya oleh jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Perak seramai 7 orang.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah menguji minda, elemen tinggi, merempuh halangan dan water confidence. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan selamat dan murid-murid yang terlibat serta para guru juga dapat menimba suatu pengalaman baru yang berguna. InsyaAllah jika ada ruang dan peluang, program seumpama ini akan menyusul lagi pada masa yang akan datang.

Untuk gambaran sekitar program sila lihat disini...'GAMBAR'

Panitia pendidikan Islam dengan kerjasama pihak sekolah SKSB telah selamat mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi murid tahun 6 2009. Majlis tersebut berlansung pada Jumaat 2 Oktober bermula jam 8.00 pagi bertempat didewan SKSB. Seramai 16 orang murid tahun 6 menyertai majlis tersebut dengan dihadiri oleh semua murid Islam tahun 6 dan 5. Harapan penganjur agar semua murid yang hadir mendapat semangat dan taufiq serta hidayah untuk terus mempelajari Al-Quran sepanjang kehidupan.

A. Murid yang menyertai majlis khatam Quran berarak masuk kedewan.
B. Dengan diiringi paluan kompang.
C. Ustaz Azri selaku pengacara majlis.
D. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Adik Izudin.

1. Ucapan aluan serta perasmian oleh Puan Guru Besar.
2. Majlis Khatam Al-Quran berlansung dibawah pimpinan Ustaz safri sebagai khalifah.
3 & 4 . penyampaian cenderahati kepada peserta oleh Puan Guru Besar.

Bergambar untuk kenang-kenangan bersama Puan GB serta Guru-guru Panitia Pendidikan Islam.

Majlis khatam Quran tamat lebih kurang jam 9.30 pagi. Selepas tamat waktu belajar jam 11.50 pagi, satu majlis kenduri durian telah diadakan dikantin sekolah. Buah durian disedekahkan oleh Puan Guru Besar dari kebun beliau sendiri. bagi yang tidak makan durian disediakan juga sedikit rambutan dan kuih muih. Terima kasih daun keladi diucapkan kepada Puan Guru Besar...

A. Cikgu Hamid memulakan kenduri dengan mengopek durian yang pertama.
B. Cikgu Fauzi turut serta sama-sama mengopek untuk dihidang kepada semua yang hadir.

1. Buah yang macamana dipilih oleh Cikgu hamid tu....
2. Giliran Cikgu zamiran pula menunjukkan kepakaran mengopek durian..
3. Silakan makan...banyak lagi tu...
4. Kulit durian letak dalam besen...isi je makan...

Alhamdulillah..sambutan raya tahun ini lain sedikit dengan adanya kenduri durian sempena musim durian yang melanda Bidor dan kawasan sekitarnya. sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih daun keladi kepada Puan Guru Besar..

Salam Eidulfitri

Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita. Sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini, kita ditarbiah secara jasmani dan rohani melawan hawa nafsu. Dengan syawal yang kian menjelma, diharap apa yang telah dilalui sepanjang ramadhan akan terus berkekalan kebulan- bulan seterusnya seperti amalan solat sunat, membaca al- Quran, bersedekah dan segala amalan baik yang lain. InsyaAllah...Sempena 1 syawal..diucapkan selamat menyambut hari raya eidulfitri..minal 'aidi wal faizin..kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Seri Bidor. semoga syawal ini membawa keceriaan dan kegembiraan kepada kita semua dan semoga kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya disisi Allah. sambutlah syawal dengan cara yang diredhai oleh Allah.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD...

Tahniah lagi..


Kalau pada awal September lalu, seorang guru SKSB
( Cikgu Zurina ) telah selamat mendapat cahayamata..selang lebih kurang seminggu kemudian seorang lagi guru SKSB mengikut jejak langkahnya. Cikgu Norliza Bt Rahmat telah selamat melahirkan cahayamatanya pada hari Ahad 6 September lalu. Untuk beliau kami ucapkan setinggi tahniah atas rahmat yang diterima.

Selamat Berjuang..!

Hari ini 8 September bermula lah peperiksaan UPSR bagi murid tahun 6 seluruh Malaysia. Ianya akan berakhir pada 10 September nanti. Selepas tamat peperiksaan UPSR akan ada pula ujian kelayakan kesekolah berasrama penuh dijadualkan pada jam 2.00 petang 10 september tersebut. Seterusnya bagi murid Islam sekolah rendah seluruh negeri Perak pula akan diadakan ujian pendidikan Islam bagi kelayakan memasuki sekolah agama pada 15 September, seminggu selepas UPSR. Bagi semua ujian dan peperiksaan yang akan dihadapi oleh murid tahun 6 itu, kami ucapkan selamat berjuang dengan tenang dan berhati-hati. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang sebagaimana yang dihajati dan diusahakn serta diiringi doa dan tawakkal. Bittaufiq wannajah..!


*Murid tahun 6 bermaafan dan memohon restu dari semua guru untuk menghadapi peperiksaan.
*calon dibekalkan dengan penutup hidung (mask) sepanjang peperikaan bagi mengelak jangkitan H1N1.

Tahniah Cikgu Zurina



Warga SK Seri Bidor mengucapkan berbanyak tahniah kepada Cikgu Zurina atas kelahiran anaknya yang ke-5. beliau telah selamat melahirkan seorang puteri pada 1 September yang lalu. Semoga dengan kelahiran ini akan memberi lebih kegembiraan kepada ibubapanya serta mendapat rahmat dari Allah hendaknya.

;;