SALAM AIDILFITRI 1433H



AHLAN YA RAMADHAN


Kejohanan olahraga tahunan kali ke 53 SK Seri Bidor pada tahun 2012 telah menobat rumah merah sebagai juara keseluruhan sekaligus menyaksikan rumah merah mencatat kejuaraan kali ketiga berturut-turut. Sebelum ini rumah merah juga telah menjadi johan bagi tahun 2010 dan 2011. Lebih bermakna lagi apabila selaku juara edisi ini rumah merah juga mencatat sejarah sebagai pemenang pertama piala pusingan yang baru. Ketua rumah merah, adik Chong Yun Jun (gambar) menjulangnya setelah menerima piala tersebut dari guru besar.

Naib johan jatuh kepada pasukan rumah Biru, tempat ke tiga rumah Hijau dan keempat rumah Kuning. Pertandingan berlansung sengit hingga ke acara terakhir untuk menetukan kejuaraan. Semoga semua yang terlibat, murid,guru,ibu bapa, PIBG dan para jemputan terhibur dan berpuashati. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutama abang-abang askar yang sudi membantu menyediakan khemah dan menjadi pegawai sukan. Jumpa lagi di edisi yang akan datang.

HIP HIP HOOREY.....!

*lagi gambar di facebook SK Seri Bidor

SELAMAT HARI GURU


Sekitar Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Bidor sesi 2012 yang dirasmikan oleh mantan Guru Besar SK Seri Bidor iaitu Pn.Hjh Ramlah Bt Abdul Rahman PPN pada Jumaat 23 Mac 2012. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut, semoga ukhuwah yang sedia terjalin semakin erat antara pihak sekolah dan ibubapa.



Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433 hijrah di Sekolah Kebangsaan Seri Bidor. Semoga mendapat berkat dan rahmat Insya Allah.


;;