Sekitar Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Bidor sesi 2012 yang dirasmikan oleh mantan Guru Besar SK Seri Bidor iaitu Pn.Hjh Ramlah Bt Abdul Rahman PPN pada Jumaat 23 Mac 2012. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut, semoga ukhuwah yang sedia terjalin semakin erat antara pihak sekolah dan ibubapa.

Tahun 2012 SK. Seri Bidor kehilangan 3 orang guru yang bertukar ke sekolah lain. Mereka ialah Pn. Khatijah Bt Yahya, PK Pentadbiran SK Seri Bidor yang berpindah ke SK. Changkat Petai, Cikgu Hamid yang bertukar ke SK Bikam dan Pn. Ritha yang bertukar ke SK Methodist Tanjung Malim. Bagi pihak seluruh warga sekolah mengucapkan selamat bertugas ditempat baharu, semoga lebih berjaya dan bahagia.
Tahniah kepada semua murid tahun 6 2011 yang telah menerima keputusan UPSR pada 17 November. Ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya. Seramai 10 orang murid (gambar atas) telah berjaya mencapai keputusan 5A manakala 9 orang lagi mendapat 4A 1B. Kepada yang berjaya, jadikan ianya sebagai pembakar semangat untuk terus cemerlang diperingkat yang lebih tinggi manakala yang kurang berjaya, jadikan ia sebagai pedoman untuk terus berusaha tanpa jemu. Ini bukan lah pengakhiran tetapi hanya lah suatu permulaan bagi anda!
Kepada semua murid tahun 6,cikgu harap anda semua berjaya diperingkat sekolah menengah dan seterusnya. Amin..
;;
Subscribe to:
Catatan (Atom)




.jpg)
