Keputusan MTQ Daerah Batang Padang tahun 2011 yang disertai oleh SK Seri Bidor di SK Aminudin Baki , Slim River :
1) Tilawah Al-Quran lelaki - Tempat ke 5 ( saguhati)
2) Hafazan lelaki : tempat ke 3
3) Nasyid : Naib Johan
boleh layan nasyid Al- Biduri disini...


Majlis Tilawah al-Quran Dan Mahrajan kesenian Islam peringkat kelompok 3 bidor daerah Batang Padang telah dijalankan pada Selasa 29 Mac 2011 bertempat di SK Bidor, Jalan Sungkai. SK Seri Bidor menyertai semua acara yang dipertandingkan kecuali acara kompang selawat.
SK Seri Bidor telah muncul johan bagi 3 acara iaitu nasyid, hafazan lelaki dan tilawah lelaki. Bagi acara tulisan jawi lelaki dan perempuan serta berzanji perempuan sekolah ini telah menjadi naib johan. Manakala 3 lagi acara iaitu bercerita lelaki dan perempuan serta berzanji lelaki SK Seri bidor mendapat tempat ke tiga.
Tahniah kepada semua wakil dari SK Seri Bidor sama ada yang menang atau tidak, kerana penyertaan anda membuktikan keberanian dan usaha anda untuk mencari kejayaan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung. Semoga kita mendapat kedudukan yang baik diperingkat daerah nanti..InsyaAllah!
Kejohanan olahraga peringkat Daerah Batang Padang telah berlalu. SK Seri Bidor telah mengambil bahagian dalam beberapa acara melibatkan peringkat bawah 11 dan 12 tahun. Hasilnya, atlet dari SK Seri Bidor telah membawa pulang 2 emas dan 1 pingat perak.
Pingat emas di menangi melalui acara lompat tinggi lelaki bawah 12 tahun oleh adik Choo Zhen Hung dan acara lontar peluru perempuan bawah 11 tahun melalui adik Nur Zahirah bt Zamiran. Manakala pingat perak disubangkan oleh adik Iman Danial melalui acara 100m lelaki bawah 12 tahun.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semua atlit sekolah yang lain. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk lebih berjaya diperingkat yang lebih tinggi dimasa akan datang.
Majlis sambutan Maulidur Rasul tahun 2011 peringkat sekolah telah diadakan pada hari Rabu 23 Febuari 2011 bermula jam 3.30 hingga 5.30 petang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan tilawah Al-Quran, hafazan, berzanji dan bercerita..diikuti dengan slot ceramah Maulidur Rasul oleh Al-Fadhil Ustaz Safri Bin Mahayedin.Majlis berakhir dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah. Semoga semua yang hadir mendapat manfaat dan ganjaran dari Allah Taala..InsyaAllah.
Salah seorang warga SK Seri Bidor akan meninggalkan sekolah ini kerana khidmatnya diperlukan di Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang. Beliau ialah Cikgu Zainab Bt Ngah Mat Arif ( gambar) iaitu penyelaras LINUS.
Jumaat 11 febuari adalah hari terakhir beliau berada di SKSB. Kami seluruh warga SKSB ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Cikgu Zainab. Semoga dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang di tempat baru.
Diatas adalah pantun karangan Cikgu Zainab ditujukan kepada semua warga Seri Bidor...terima kasih 'Kak Nab' atas jasa yang telah dicurahkan selama berada disini.
Assalamualaikum...


.jpg)
