Program Khemah Ibadah

Program khemah ibadah atau Qiamullail merupakan agenda tetap Panitia Pendidikan Islam SKSB. Ia bertujuan untuk menanam rasa cinta untuk melakukan ibadah khasnya ibadah solat samada wajib ataupun sunat. Selain itu ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang Qiamullail selain melatih jiwa dan akhlak.
















Penceramah jemputan, Ustaz Fauzi dari Jabatan Agama Islam Slim River sedang menyampaikan ceramah.


Program dimulai dengan pendaftaran peserta jam 4 petang dan taklimat ringkas. Selepas solat Asar berjemaah diadakan pula sesi LDK membincangkan perkara asas fardhu ain dan solat-solat sunat untuk Qiamullail. Pada jam 6.30 petang, peserta beredar untuk makan malam dan bersiap untuk solat maghrib. Selesai solat maghrib berjemaah diikuti solat hajat dan bacaan Yaasin dan seterusnya solat Isya' berjemaah.
















Guru dan murid khusyu' mendengar ceramah.


Selepas solat Isya' program diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Fauzi. Ceramah yang berakhir pada jam 10 malam itu banyak memberi kesedaran kepada peserta dan juga guru dalam menempuh hidup sehari- hari. Seterusnya peserta beredar untuk minum sebelum berkemas untuk tidur.
















Kuliah subuh oleh Ustaz Safri

Qiamullail bermula sekitar jam 4.30 pagi dengan pengisian solat sunat seperti solat sunat taubat, sunat hajat dan tahajjud serta zikir dan tasbih. Seterusnya solat subuh berjemaah dan kuliah subuh selepas itu disampaikan oleh Ustaz Safri bin Mahayudin,ahli keluarga baru dalam panitia Pendidikan Islam yang menggantikan Ustazah Farah Wahida yang bertukar ke Selangor. Seusai kuliah subuh, peserta bergerak untuk sarapan pagi dan mengemas untuk pulang. Peserta dibenarkan pulang selepas solat sunat Dhuha yang menutup program untuk kali ini.
Diharap, program ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat..InsyaAllah.


Surau Ar - Rahmah

Surau...sesuatu yang amat penting bagi panitia pendidikan Islam. DiSK. Seri Bidor ini terdapat sebuah surau yang diberi nama 'Surau Ar- Rahmah'. lokasinya di hadapan pintu masuk belakang sekolah. Berkapasiti lebih kurang 60 jemaah dalam satu- satu masa, ia dikira mencukupi dengan nisbah murid Islam disekolah ini. Surau ini yang dibina dengan tujuan asalnya untuk kegunaan guru dan kakitangan serta murid mendirikan solat kerana SK. Seri bidor waktu itu ada dua sesi pagi dan petang. Kini penggunaannya lebih meluas, selain dari untuk solat ia juga digunakan untuk majlis- majlis keagamaan lain seperti bacaan Yaasin dan solat hajat. Lebih dari itu ia juga digunakan sebagai kelas untuk P&P pada masa- masa tertentu memandangkan SK. Bidor menghadapi masalah kekurangan bilik darjah. Setelah program j-Qaf diperkenalkan, surau ini menjadi lebih penting dengan fungsinya sebagai tempat kem bestari solat dan juga tasmi'. Surau SK. Seri Bidor ini juga telah beberapa kali menyertai pertandingan 'AGA' peringkat negeri dan daerah. Hasilnya surau ini telah menjadi Johan 'AGA Surau' peringkat daerah Batang Padang pada tahun 2005 dan 2007 selain penyertaan diperingkat negeri mewakili daerah.
















Pintu masuk bagi perempuan...
















Rak simpanan Al- Quran disurau...
















Sudut pandang dengar dan papan kenyataan
















Mimbar untuk amali khutbah..

aktiviti bergambar

sekitar majlis Maulidur rasul...

















Ustazah2 nak buat kek istimewa katanya...


















sambil belah ikan bilis sambil makan...seronok...

















Cikgu Zul menunjukkan kemahiran 'mengacau' bubur asyra.
















Penceramah jemputan..Ustaz Tengku Zahid sedang
menyampaikan ceramahnya...

















Murid-Murid khusyu' mendengar ceramah..

AJK Panitia...


Ajk Panitia Pendidikan Islam Sesi 2007/2008 :

Pengerusi : Ustazah Aishah Binti Hamdi

Setiausaha : Mohd Zaidi Bin Zakaria

A/Jawatankuasa :

1. Ustazah Rosnah Binti Mohmud

2. Ustaz Nik Asri Bin Ahmad Ali

3. Ustazah Mahiyah Binti Yasin

4. Ustazah Siti Norhalizan Bt Yusuf

5. Ustazah Farah Wahida Bt Ariffin


Panitia Pendidikan Islam adalah salah satu Panitia yang terpenting disekolah.Ia bukan sahaja berfungsi sebagai satu kumpulan tenaga pengajar yang semata-mata mengajar tentang sukatan pelajaran Pendidikan Islam,tetapi lebih dari itu ia merupakan tonggak dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan cemerlang juga akhlaknya.Oleh itu Panitia ini sentiasa dan perlu sentiasa bergerak aktif kearah itu. Oleh kerana itu,tanggungjawab yang terpikul diatas bahu ahli dalam Panitia ini yang terdiri dari 'ustaz dan ustazah' adalah untuk melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan kuat pegangan agama..bukan sekadar boleh membaca Al-Quran atau menjawab peperiksaan dengan cemerlang. Semoga Allah memberi kekuatan dan hidayahNya kepada kami dalam melaksanakan tanggungjawab ini..Amin...

;;