Ini lah wajah-wajah para pendidik di SK Seri Bidor bagi sesi 2012. Gambar ini diambil pada Isnin 5 November 2012 minggu terakhir persekolahan tahun ini. Semoga mereka semua diberi kekuatan dan kesihatan yang sempurna untuk terus berjuang pada tahun-tahun mendatang. InsyaAllah..Amin.

Kelab Guru Dan Kakitangan SK Seri Bidor telah mengadakan lawatan selama 3 hari 2 malam ke Pulau Langkawi bermula 14 hingga 17 September 2012. Antara aktiviti yang dirancang sepanjang lawatan ialah seperti lawatan ke underwater wolrd, menaiki kereta kabel dan melawat ke pulau Dayang Bunting. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberi kerjasama yang baik sepanjang perjalanan lawatan ini.
Kejohanan olahraga tahunan kali ke 53 SK Seri Bidor pada tahun 2012 telah menobat rumah merah sebagai juara keseluruhan sekaligus menyaksikan rumah merah mencatat kejuaraan kali ketiga berturut-turut. Sebelum ini rumah merah juga telah menjadi johan bagi tahun 2010 dan 2011. Lebih bermakna lagi apabila selaku juara edisi ini rumah merah juga mencatat sejarah sebagai pemenang pertama piala pusingan yang baru. Ketua rumah merah, adik Chong Yun Jun (gambar) menjulangnya setelah menerima piala tersebut dari guru besar.
Naib johan jatuh kepada pasukan rumah Biru, tempat ke tiga rumah Hijau dan keempat rumah Kuning. Pertandingan berlansung sengit hingga ke acara terakhir untuk menetukan kejuaraan. Semoga semua yang terlibat, murid,guru,ibu bapa, PIBG dan para jemputan terhibur dan berpuashati. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutama abang-abang askar yang sudi membantu menyediakan khemah dan menjadi pegawai sukan. Jumpa lagi di edisi yang akan datang.
HIP HIP HOOREY.....!
*lagi gambar di facebook SK Seri Bidor

;;
Subscribe to:
Catatan (Atom)

.jpg)