Tahniah murid tahun 6

Tahniah kepada semua murid tahun 6 2011 yang telah menerima keputusan UPSR pada 17 November. Ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya. Seramai 10 orang murid (gambar atas) telah berjaya mencapai keputusan 5A manakala 9 orang lagi mendapat 4A 1B.

Kepada yang berjaya, jadikan ianya sebagai pembakar semangat untuk terus cemerlang diperingkat yang lebih tinggi manakala yang kurang berjaya, jadikan ia sebagai pedoman untuk terus berusaha tanpa jemu. Ini bukan lah pengakhiran tetapi hanya lah suatu permulaan bagi anda!

Kepada semua murid tahun 6,cikgu harap anda semua berjaya diperingkat sekolah menengah dan seterusnya. Amin..

HAK 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Seri Bidor telah diadakan pada 16 November 2011 yang lalu...Perasmian oleh Dato' Seri Ong Ka Chuan, ahli parlimen Tanjong Malim. Tahniah kepada semua murid yang berjaya..semoga menjadi peransang untuk lebih berjaya di masa akan datang.







Seluruh warga SK Seri Bidor mengucapkan selamat bersara kepada Pn. Nor Aminah Bt Hassim, PK HEM sekolah ini. Walaupun tarikh sebenar persaraan beliau jatuh pada 11/11/11 tetapi majlis persaraan peringkat sekolah telah diadakan lebih awal memandangkan beliau akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 21 Oktober dan akan menamatkan perkhidmatan beliau di sana. Semoga beliau mendapat haji yang mabrur..InsyaAllah.



SELAMAT BERSARA MANTAN GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BIDOR

PN. HJH RAMLAH BT ABD. RAHMAN PPN



SELAMAT DATANG
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BIDOR

ENCIK AHMAD KAMARI BIN SALLEH

7 September 2011 adalah hari terakhir perkhidmatan Puan Hjh Ramlah Bt Abd. Rahman PPN sebagai seorang penjawat awam dan juga Guru Besar bagi SK Seri Bidor. Sempena dengan itu, satu majlis ringkas penyerahan watikah tamat perkhidmatan beliau telah diadakan dimana watikah tersebut telah disampaikan sendiri oleh Tuan PPD Batang Padang yang hadir bersama timbalannya.




Majlis sempena persaraan beliau akan diadakan selepas peperiksaan UPSR nanti iaitu pada 22 September 2011.Kepada Puan Hajah Ramlahdiucapkan selamat bersara, semoga sentiasa berada didalam Rahmat Allah..Amin.

Salam Lebaran



;;