Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia pada 2 Julai 2011


Sukan Olahraga Tahunan Sekolah pada 30 Jun 2011


Perkhemahan Unit Beruniform di Pusat Ko Sg. Klah pada 24 - 26 Jun 2011

Diatas adalah sebahagian dari panorama beberapa aktiviti yang dijalankan oleh Sk. Seri Bidor sepanjang bulan Jun dan Julai...yang pasti semua aktiviti itu bukan lah yang terakhir buat tahun ini kerana sesi persekolahan baru memasuki separuh penggal. Selamat belajar dan beraktiviti kepada semua guru dan murid....

*lagi berita dan gambar di FB sk seribidor

Aktiviti Bulan Mei

Bulan Mei memang banyak sambutan atau aktiviti yang dijalankan. Diperingkat sekolah, ada beberapa acara telah dijalankan pada bulan ini. Antaranya ialah sukan pra-sekolah, sambutan hari guru dan khemah ibadah murid tahun 6. Alhamdulillah semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Semoga setiap aktiviti yang dilaksanakan itu memberi sesuatu yang berguna kepada kita semua terutamanya kepada murid yang menjadi sasaran. beberapa gambar dari aktiviti yang dijalankan...

Khemah Ibadah pada 20 Mei 2011


Sukan Pra- Sekolah pada 14 Mei 2011


Sambutan hari guru peringkat sekolah pada 16 Mei 2011

Anugerah Rambu PKK


Tujuh ali PKK dari SK Seri Bidor telah menghadiri Kem Anugerah Rambu PKK peringkat Negeri Perak pada 29 April hingga 1 Mei 2011 di Kompleks Rakan Muda Kampar dan lulus ujian yang diadakan. Mereka layak menerima sijil dan layak memakai rambu biru. Mereka ialah :

1. Muhd Izzat B. Hussin
2. Muhamad Hazim B. Zul
3. Muhamad Harith B. Muhd Azhar
4. Muhammad Amir Farhan B. Zairul Azlan
5. Muhamad Fikri Bin Borhan
6. Muhd Nur Fikri B. Mohd Nazri*
7. Muhamada Hazim Noor Hisham*

* tiada dalam gambar

Muhd Fikri B.Borhan juga turut mewakili pasukan futsal Daerah Batang Padang dalam kem tersebut yang muncul naib johan.

Tahniah diucapkan kepada semua mereka, semoga akan terus menjadi ahli pengakap dan pelajar yang cemerlang.

# Buat Sehabis Baik #

Keputusan MTQ Daerah Batang Padang tahun 2011 yang disertai oleh SK Seri Bidor di SK Aminudin Baki , Slim River :

1) Tilawah Al-Quran lelaki - Tempat ke 5 ( saguhati)

2) Hafazan lelaki : tempat ke 3

3) Nasyid : Naib Johan


boleh layan nasyid Al- Biduri disini...

MTQ KELOMPOK 3



Majlis Tilawah al-Quran Dan Mahrajan kesenian Islam peringkat kelompok 3 bidor daerah Batang Padang telah dijalankan pada Selasa 29 Mac 2011 bertempat di SK Bidor, Jalan Sungkai. SK Seri Bidor menyertai semua acara yang dipertandingkan kecuali acara kompang selawat.

SK Seri Bidor telah muncul johan bagi 3 acara iaitu nasyid, hafazan lelaki dan tilawah lelaki. Bagi acara tulisan jawi lelaki dan perempuan serta berzanji perempuan sekolah ini telah menjadi naib johan. Manakala 3 lagi acara iaitu bercerita lelaki dan perempuan serta berzanji lelaki SK Seri bidor mendapat tempat ke tiga.

Tahniah kepada semua wakil dari SK Seri Bidor sama ada yang menang atau tidak, kerana penyertaan anda membuktikan keberanian dan usaha anda untuk mencari kejayaan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung. Semoga kita mendapat kedudukan yang baik diperingkat daerah nanti..InsyaAllah!

Olahraga


Kejohanan olahraga peringkat Daerah Batang Padang telah berlalu. SK Seri Bidor telah mengambil bahagian dalam beberapa acara melibatkan peringkat bawah 11 dan 12 tahun. Hasilnya, atlet dari SK Seri Bidor telah membawa pulang 2 emas dan 1 pingat perak.

Pingat emas di menangi melalui acara lompat tinggi lelaki bawah 12 tahun oleh adik Choo Zhen Hung dan acara lontar peluru perempuan bawah 11 tahun melalui adik Nur Zahirah bt Zamiran. Manakala pingat perak disubangkan oleh adik Iman Danial melalui acara 100m lelaki bawah 12 tahun.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semua atlit sekolah yang lain. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk lebih berjaya diperingkat yang lebih tinggi dimasa akan datang.

;;