
Salah seorang warga SK Seri Bidor akan meninggalkan sekolah ini kerana khidmatnya diperlukan di Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang. Beliau ialah Cikgu Zainab Bt Ngah Mat Arif ( gambar) iaitu penyelaras LINUS.Jumaat 11 febuari adalah hari terakhir beliau berada di SKSB. Kami seluruh warga SKSB ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Cikgu Zainab. Semoga dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang di tempat baru.
Diatas adalah pantun karangan Cikgu Zainab ditujukan kepada semua warga Seri Bidor...terima kasih 'Kak Nab' atas jasa yang telah dicurahkan selama berada disini.
Assalamualaikum...


Assalamualaikum...
Bagi tahun 2011 ini, SK. Seri Bidor menerima dua guru baru iaitu guru bahasa inggeris, Cik Nurul Ainain serta seorang guru bahasa cina iaitu Cik Choy Sou Kuan. Namun begitu SK. Seri Bidor juga kehilangan seorang ahlinya apabila guru pendidikan jasmani, Pn. Norzaniza telah bertukar ke Ipoh. Kepada yang datang, kami ucapkan selamat datang...kepada yang pergi, semoga lebih sukses ditempat baru dan jangan lupakan kami disini.
Sebagaimana biasa,awal tahun memang waktu yang paling sibuk. Semua aktiviti akan bermula seawal minggu kedua persekolahan. Antaranya kelas tambahan, tasmik, latihan sukan dan bermacam aktiviti lagi. Jadi, kepada semua guru dan murid...BERSEDIA!
Pada 8 September 2010 yang lepas, SK Seri Bidor telah mengadakan 3 majlis pada hari yang sama iaitu majlis khatam al-Quran tahun 6, sambutan hari raya Aidilfitri dan sambutan hari kanak-kanak. Sambutan ini sedikit lewat diadakan kerana memberi ruang kepada murid tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR dan ujian pendidikan Islam tahun 6 dengan selesa. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan disambut dengan penuh gembira oleh semua murid dan warga SK Seri Bidor.
Sedikit gambar sekitar majlis ada di ruangan 'GAMBAR'..



