Majlis 3 dalam 1

Pada 8 September 2010 yang lepas, SK Seri Bidor telah mengadakan 3 majlis pada hari yang sama iaitu majlis khatam al-Quran tahun 6, sambutan hari raya Aidilfitri dan sambutan hari kanak-kanak. Sambutan ini sedikit lewat diadakan kerana memberi ruang kepada murid tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR dan ujian pendidikan Islam tahun 6 dengan selesa. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan disambut dengan penuh gembira oleh semua murid dan warga SK Seri Bidor.

Sedikit gambar sekitar majlis ada di ruangan 'GAMBAR'..

AKTIVITI RUKUN NEGARA

Aktivti Rukun negara bertemakan "Malaysiaku Indah" telah diadakan bermula 29 & 30 September 2010. Aktiviti dibawah kendalian Panitia Kajian Tempatan dan juga Panitia Seni dan Visual ini khusus untuk tahun 6 sebagai sebahagian daripada program selepas peperiksaan UPSR. Antara pertandingan yang dijalankan ialah pertandingan membina menara berkembar dari botol terpakai, menganyam ketupat, membuat tanglung dan membina 'kolum'. Disertakan beberapa gambar aktiviti tersebut sebagai tatapan...

SALAM AIDILFITRI




TARIKH : 30 OGOS 2010 HARI : ISNIN MASA : 7.30 - 9.00 PAGI

Aktiviti Bulan Ogos


Bulan Ogos tahun ini menjadi bulan yang dikongsi bersama oleh 4 Panitia iaitu Panitia Pendidikan Islam, Panitia Seni & Visual, Panitia Muzik dan juga Panitia kajian tempatan. Ini adalah kerana bulan Ogos tahun ini juga adalah bersamaan bulan Ramadhan. Oleh itu program Ihya' Ramadhan telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Antara programnya seperti mempamerkan baner dan poster ramadhan, tadarus Al-Quran, tazkirah dan derma anak yatim. Kemuncak program ialah majlis khatam Quran dan sambutan hari raya yang akan diadakan pada 1 Oktober, InsyaAllah.

Sementara itu Panitia Pendidikan seni & visual, panitia muzik dan panitia kajian tempatan pula berkerjasama dalam mengisi program sempena bulan kemerdekaan. Antara aktivitinya ialah seperti pertandingan mewarna dan kolaj, kuiz merdeka dan nyanyian lagu patriotik. Aktiviti kemuncak sambutan kemerdekaan ialah pada 30 Ogos nanti.




;;