Majlis ceramah sempena Isra' Mikraj telah diadakan pada 14 Julai 2010 jam 3.30 petang di SK. Seri Bidor. Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Pauzi Bin Alias, Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Slim River.Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci al-Quran dari surah al-Isra' oleh adik Izat Bin Husin seterusnya ceramah Isra' & Mikraj yang menekankan tentang kepentingan solat.Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid sebelum menunaikan solat asar berjemaah. Semoga majlis ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.
"kita sekarang sedang berada ditaman syurga didunia..iaitu majlis ilmu.."
-ustaz pauzi-
Buat julung-julung kalinya, hari keluarga peringkat kelompok 3 dan 4 diadakan secara bersama. Pada 10 Julai 2010, bertempat di Sek. Men. Sheikh Abdul Ghani, Bidor, program ini adalah lanjutan dari sambutan hari guru peringkat daerah yang telah diadakan sebelumnya.
Beberapa acara telah dijalankan untuk memeriahkan majlis seperti permain futsal dan bola jaring,pertandingan melukis dan mewarna bagi anak-anak, pertandingan gubahan dan mengupas kentang serta cabutan bertuah. Guru-guru dari SK.Seri Bidor juga turut terlibat sama ada sebagai urusetia atau pun mengambil bahagian sebagai peserta.Lagi gambar di facebook SK Seri Bidor
Sambutan hari guru di Seri Bidor disambut secara sederhana. Bermula dengan bacaan doa seterusnya bacaan perutusan Menteri Pelajaran serta Ketua Pengarah Pelajaran, persembahan murid dan diakhiri dengan lafaz ikrar dan nyanyian lagu Guru Malaysia oleh para guru. Seusai majlis perhimpunan, para guru bersedia dengan acara sukaneka ringkas. Keseluruhan majlis berakhir jam 10.30 pagi. Selepas rehat murid masuk kekelas untuk belajar seperti biasa.
sedikit gambaran sekitar sambutan...



Sebagai menyambut seruan yang disampaikan oleh pihak 'atasan' maka pihak SK. Seri Bidor telah berjaya mengadakan program gotong royong perdana pada Sabtu 15 Mei 2010. Penglibatan adalah terdiri dari semua guru, pekerja sekolah, pengurusan kantin dan sejumlah murid yang terpilih dari tahap 2. Majlis bermula jam 8.00 pagi dengan dimulai oleh taklimat Puan Guru Besar seterusnya bergotong royong membersih dan mengindahkan kawasan yang telah ditetapkan mengikut kumpulan. Jam 10 pagi rehat dan minum, sambung gotong-royong dan berakhir jam 11 pagi. terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat atas komitmen yang jitu dari semua pihak.
Gambar gotong royong disini..
Setelah bersiap dan mengemas diri, semua guru dan kakitangan sekolah bergerak menuju ke rumah rehat Tapah untuk satu majlis yang diatur iaitu majlis jamuan perpisahan untuk Cikgu Hasmah Bt zainal Abidin yang telah bertukar ke SK Ayer Kuning. Cikgu Hasmah adalah mantan PK Kokurikulum di SK Seri Bidor dan kini menjawat jawatan PK Pentadbiran di sekolah barunya itu. Jawatan PK Kokurikulum SK Seri Bidor kini dipegang oleh Cikgu Abd Rashid Bin Aziz.Pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Rashid dan selamat maju jaya kepada Cikgu Hasmah.
Gambar majlis perpisahan disini...
;;
Subscribe to:
Catatan (Atom)



.jpg)
