Kejohanan bola baling peringkat Daerah batang Padang telah berlansung mulai 31 Mac hingga 2 April 2009 di padang SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor. SK Seri Bidor telah menghantar dua pasukan iaitu lelaki dan perempuan. Berikutt adalah pencapaian serta laluan yang dihadapi oleh pasukan bola baling SK Seri Bidor :

Pasukan lelaki ( Pusingan kedua )

Pusingan awal :
Seri Bidor
( 3 ) vs SK Batu 14 Tapah ( 0 )
Seri Bidor ( 2 ) vs SK Pendita Zaaba ( 5 )

Pusingan kedua :
Seri Bidor ( 2 ) vs SK Kg Pahang ( 4 )


Pasukan perempuan ( tempat ke- 4 )

Pusingan awal :
Seri Bidor
( 5 ) vs SK Temoh ( 0 )
Seri Bidor ( 11 ) vs SK Sg Lesong ( 2 )
Seri Bidor ( 3 ) vs SK Besout 3 ( 1 )

Suku akhir : Seri Bidor ( 4 ) vs SK Changkat Sulaiman ( 2 )

Separuh akhir : Seri Bidor ( 1 ) vs SK Sg Kelah ( 3 )

Tempat 3/4 : Seri Bidor ( 1 ) vs SK Tg Malim ( 5 )

Manakala bagi kejohanan bola sepak kelompok 3 Bidor pula telah berlansung pada 2 April, SK Seri Bidor hanya menjadi naib johan pada tahun ini. Berikut adalah laluan dan keputusan perlawanan yang melibatkan SK Seri Bidor:

Peringkat kumpulan :
Seri Bidor ( 3 ) vs SRJK (T) Banopdane ( 0 )
Seri Bidor ( 2 ) vs SK Kg Senta ( 0 )

Separuh akhir : Seri Bidor ( 1 ) vs SK Kg Poh ( 0 )

Akhir : Seri Bidor ( 0 ) vs SK Bidor ( 1 )

Tahniah kepada semua pemain dan cuba lagi pada tahun hadapan.

Pasukan bolasepak 2009

HARI PROFESIONALISME

Hari prosfesionalisme Guru tahun 2009, telah diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 28 Mac 2009 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Pusat Sumber Sk Seri Bidor
Sasaran : Semua Guru SK Seri Bidor & SK Kg Senta
Penceramah : Puan Hjh Ramlah Bt Abdul Rahman
Tajuk : Dasar Kurikulum Sekolah
Hadir bersama : Encik Roslan Bin Mansor ( Pegawai Unit ICT PPD Batang Padang )

A. Ucapan dari wakil PPD En Roslan Bin Mansor & membaca perutusan Pengarah Pelajaran Negeri.
B. Bacaan Ikrar oleh semua guru diketuai oleh Cikgu Zamiran.
C. Sebahagian dari peserta
D. Cenderahati kepada En. Roslan.


A. Ceramah yang disampaikan oleh Pn Hjh Ramlah, Guru Besar SK Seri Bidor.
B & C . Bengkel membina dasar panitia didalam kumpulan panitia masing-masing.
D. Pembentangan hasil bengkel oleh ketua panitia.

A. Ucapan penutup oleh Guru Besar SK Kg Senta, Encik Osman.
B. Peserta khusyu' mendengar ceramah.
C. 'Sejambak' petai, cenderahati dari SK Senta kepada SK Seri Bidor.
D. Sijil dan cenderahati dari SK Seri Bidor kepada SK Senta.

Mesyuarat PIBG

MESYUARAT AGUNG PIBG SK. SERI BIDOR KALI KE -54

Tarikh : 23 Mac 2009
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan SK Seri Bidor
Perasmi : Yang Berbahagia, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah batang Padang, Encik Dzulkifli Bin Ramli, PPT. ( diwakili oleh En. Hishamudin, bahagian sumber manusia PPD )

Sukan Pra Sekolah


Sukan pra-sekolah SK Seri Bidor telah berlansung pada Sabtu 14 Mac 2009. Sukan ini telah dijalankan di dataran perhimpunan sekolah dan berlansung dengan meriah. Puan guru besar telah merasmikan acara sukan tersebut.A. Senamrobik membuka acara
B. Cepat adik cepat
C. Lari zig zag
D. Smart boy


A. Acara bagi ibu-ibu..'Bom meletup'
B. Acara bagi bapa..lari dalam guni
C. Kutip telur penyu
D. Pakai kasut dan stokin biar kemas ya..!

A & B : Acara tarik tali bagi kaum bapa
C & D : Upacara penyampaian hadiah

Terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang sudi datang memeriahkan acara. Selamat bercuti pertengahan semester kepada semua murid.

Program Anti Dadah

Program anti dadah peringkat sekolah telah dijalankan pada Rabu 11 Mac 2009. Program ini dijalankan dengan anjuran bersama warga SK Seri Bidor dan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Bertemakan " SK SERI BIDOR BEBAS DADAH, ROKOK, ALKOHOL DAN INHALAL" , program ini bermatlamat untuk memberi kesedaran kepada murid dan kakitangan sekolah tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan langkah- langkah pencegahannya.

Pertandingan pidato anti dadah
Pertandingan melukis poster anti dadah

Pertandingan sajak anti dadahPertandingan kuiz anti dadah
Pertandingan mewarna poster anti dadah


Selain dari itu pembacaan perutusan kempen anti dadah yang disediakan oleh kementerian juga dijalankan pada perhimpunan pagi. Diharap program ini mencapai objektifnya untuk mewujudkan budaya cemerlang, ceria, sihat dan selamat.

# HIDUP CERIA TANPA DADAH #

Kem Bestari Solat


Kem Bestari Solat kali pertama bagi tahun 1 dan 2 telah diadakan pada hari Sabtu 7 Mac yang lalu. Untuk tahun ini, 2 peringkat terpaksa dijalankan memandangkan jumlah murid yang meningkat iaitu peringkat satu bagi tahun 1 dan 2 manakala peringkat dua bagi tahun 3,4 dan 5. Selepas ini akan diadakan pula kem bagi peringkat dua. Pembahagian peringkat ini adalah bertujuan untuk memudahkan para fasilitator memberi tumpuan yang lebih didalam kumpulan yang kecil.

Penerangan mengenai gambar :

A. Mendengar taklimat oleh Ustazah sebelum masuk dalam kumpulan yang telah ditetapkan.
B. Suasana didalam kelas..antara pengisian ialah latih tubi membaca dan menghafaz niat solat.
C. Baca doa sebelum makan.
D. Amali wudu'.
E. Solat Zuhur berjemaah.

;;