Program tahunan panitia pendidikan Islam ini diadakan untuk pelajar tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Majlis bacaan Yasiin dan Solat Hajat ini di mulai seawal bulan Julai sehingga lah keminggu terakhir menjelang UPSR. Setelah bertungkus-lumus sepanjang tahun doa dan tawakal kepada Allah adalah suatu kewajipan.

Majlis diadakan pada hari Khamis dan Jumaat setiap minggu. Pada tahun ini diadakan juga majlis ini bersama ibu bapa dan guru iaitu pada 28 Ogos yang lalu. kehadiran ibu bapa yang mengalakkan menunjukkan komitmen dan harapan yang tinggi terhadap anak-anak mereka. Jamuan makan sempena akikah oleh beberapa orang guru juga diadakan serentak.

Selain untuk memohon keberkatan dari Allah, majlis ini juga bertujuan melatih murid mengamalkan doa dan tawakal dalam apa juga urusan. Murid tahu cara-cara atau kaifiat membaca Yasiin dan juga Solat Hajat seterusnya menjadi amalan sepanjang hayat, InsyaAllah..







Murid membaca Yasin dengan dipimpin oleh Ustaz atau guru.






Semoga segala usaha dan hajat kami diberkati dan dimakbulkan oleh Allah..amin.

Menjelang Ramadhan

Sekarang kita berada dibulan Syaaban...sebelum ini kita melalui bulan Rejab dengan penuh kesyukuran. Bulan Rejab dimana berlakunya satu peristiwa besar bagi umat Islam iaitu Isra' dan Mi'raj. Mukjizat terbesar Rasulullah selain Al-Quran ini menyaksikan ibadat solat difardukan.Ibadat yang paling utama dan menjadi rukun Islam yang kedua.

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
" Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."


Lebih kurang sebulan lagi Ramadhan pula akan tiba..padanya kewajipan berpuasa yang menjadi rukun Islam yang ketiga.Bulan yang penuh kerahmatan,keampunan dan berbagai kebaikan lagi.Padanya ada Lailatul Qadar yang mana beribadat pada malamnya akan mendapat ganjaran seribu bulan..Alangkah beruntungnya umat Muhammad...

Program Khemah Ibadah

Program khemah ibadah atau Qiamullail merupakan agenda tetap Panitia Pendidikan Islam SKSB. Ia bertujuan untuk menanam rasa cinta untuk melakukan ibadah khasnya ibadah solat samada wajib ataupun sunat. Selain itu ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang Qiamullail selain melatih jiwa dan akhlak.
















Penceramah jemputan, Ustaz Fauzi dari Jabatan Agama Islam Slim River sedang menyampaikan ceramah.


Program dimulai dengan pendaftaran peserta jam 4 petang dan taklimat ringkas. Selepas solat Asar berjemaah diadakan pula sesi LDK membincangkan perkara asas fardhu ain dan solat-solat sunat untuk Qiamullail. Pada jam 6.30 petang, peserta beredar untuk makan malam dan bersiap untuk solat maghrib. Selesai solat maghrib berjemaah diikuti solat hajat dan bacaan Yaasin dan seterusnya solat Isya' berjemaah.
















Guru dan murid khusyu' mendengar ceramah.


Selepas solat Isya' program diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Fauzi. Ceramah yang berakhir pada jam 10 malam itu banyak memberi kesedaran kepada peserta dan juga guru dalam menempuh hidup sehari- hari. Seterusnya peserta beredar untuk minum sebelum berkemas untuk tidur.
















Kuliah subuh oleh Ustaz Safri

Qiamullail bermula sekitar jam 4.30 pagi dengan pengisian solat sunat seperti solat sunat taubat, sunat hajat dan tahajjud serta zikir dan tasbih. Seterusnya solat subuh berjemaah dan kuliah subuh selepas itu disampaikan oleh Ustaz Safri bin Mahayudin,ahli keluarga baru dalam panitia Pendidikan Islam yang menggantikan Ustazah Farah Wahida yang bertukar ke Selangor. Seusai kuliah subuh, peserta bergerak untuk sarapan pagi dan mengemas untuk pulang. Peserta dibenarkan pulang selepas solat sunat Dhuha yang menutup program untuk kali ini.
Diharap, program ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat..InsyaAllah.


Surau Ar - Rahmah

Surau...sesuatu yang amat penting bagi panitia pendidikan Islam. DiSK. Seri Bidor ini terdapat sebuah surau yang diberi nama 'Surau Ar- Rahmah'. lokasinya di hadapan pintu masuk belakang sekolah. Berkapasiti lebih kurang 60 jemaah dalam satu- satu masa, ia dikira mencukupi dengan nisbah murid Islam disekolah ini. Surau ini yang dibina dengan tujuan asalnya untuk kegunaan guru dan kakitangan serta murid mendirikan solat kerana SK. Seri bidor waktu itu ada dua sesi pagi dan petang. Kini penggunaannya lebih meluas, selain dari untuk solat ia juga digunakan untuk majlis- majlis keagamaan lain seperti bacaan Yaasin dan solat hajat. Lebih dari itu ia juga digunakan sebagai kelas untuk P&P pada masa- masa tertentu memandangkan SK. Bidor menghadapi masalah kekurangan bilik darjah. Setelah program j-Qaf diperkenalkan, surau ini menjadi lebih penting dengan fungsinya sebagai tempat kem bestari solat dan juga tasmi'. Surau SK. Seri Bidor ini juga telah beberapa kali menyertai pertandingan 'AGA' peringkat negeri dan daerah. Hasilnya surau ini telah menjadi Johan 'AGA Surau' peringkat daerah Batang Padang pada tahun 2005 dan 2007 selain penyertaan diperingkat negeri mewakili daerah.
















Pintu masuk bagi perempuan...
















Rak simpanan Al- Quran disurau...
















Sudut pandang dengar dan papan kenyataan
















Mimbar untuk amali khutbah..

aktiviti bergambar

sekitar majlis Maulidur rasul...

















Ustazah2 nak buat kek istimewa katanya...


















sambil belah ikan bilis sambil makan...seronok...

















Cikgu Zul menunjukkan kemahiran 'mengacau' bubur asyra.
















Penceramah jemputan..Ustaz Tengku Zahid sedang
menyampaikan ceramahnya...

















Murid-Murid khusyu' mendengar ceramah..

;;