Panitia Pendidikan Islam adalah salah satu Panitia yang terpenting disekolah.Ia bukan sahaja berfungsi sebagai satu kumpulan tenaga pengajar yang semata-mata mengajar tentang sukatan pelajaran Pendidikan Islam,tetapi lebih dari itu ia merupakan tonggak dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan cemerlang juga akhlaknya.Oleh itu Panitia ini sentiasa dan perlu sentiasa bergerak aktif kearah itu. Oleh kerana itu,tanggungjawab yang terpikul diatas bahu ahli dalam Panitia ini yang terdiri dari 'ustaz dan ustazah' adalah untuk melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan kuat pegangan agama..bukan sekadar boleh membaca Al-Quran atau menjawab peperiksaan dengan cemerlang. Semoga Allah memberi kekuatan dan hidayahNya kepada kami dalam melaksanakan tanggungjawab ini..Amin...
1. MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DAN MEMBINA KEPIMPINAN TRANFORMASIONAL.
2. MEMBANGUN DAN MENINGKATKAN KUALITI WARGA SK SERI BIDOR.
3. MEMBUDAYAKAN HEADCOUNT DIPERINGKAT SEKOLAH.
4. MELAKSANAKAN PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH UNTUK MENINGKATKAN IMEJ SK SERI BIDOR.
5. MEMANTAPKAN PELAKSANAAN PROGRAM KECEMERLANGAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH.
Sekolah Kebangsaan Seri Bidor telah didirikan pada 1 Febuari 1953 di Jalan Persatuan Bidor. Nama asalnya ialah
Pada tahun 1963 bilangan kelas telah bertambah daripada tujuh buah kepada 13 buah kelas, manakala sebuah kelas daripadanya telah ditumpangkan pula di SRJK (C) Choong Hua 1, Bidor. Ekoran daripada itu, pada tahun 1964 telah dibina tiga lagi bangunan baru bilik darjah.
Pembukaan rasmi sekolah ini telah dilakukan oleh Yang Berhormat En. Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran
Pada tahun 1984 bilangan murid SRK Seri Bidor telah bertambah kepada 874 orang dan persekolahan dua sesi telah dimulakan sehingga hari ini. Pada tahun 2004 seramai 292 orang murid daripada sekolah ini telah berpindah ke sekolah baru iaitu SK Bidor 2, Jalan Teluk Intan.Jumlah murid di sekolah ini kini ialah 500 orang termasuk murid Pra Sekolah. Pra Sekolah telah dibuka pada tahun 2005 dengan membaik pulih kelas Tahun 5. Tiga buah kel;as berhampiran pintu masuk sekolah ini adalah bangunan asal yang masih kukuh.
Pada tahun 1957 bilangan kelas bertambah kepada tujuh buah kelas – sebuah kelas daripadanya telah ditumpangkan ke Sekolah Kebangsaan Bidor. Pada tahun 1957 juga telah didirikan sebuah bangunan yang mengandungi enam buah bilik.
Sekolah ini kemudiannya telah diberi nama Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Bidor. Lembaga pengurusan sekolah bagi SRJK (Inggers) Bidor telah ditubuhkan pada 1959. Pengerusi Ahli Lembaga Sekolah yang pertama ialah En.Chew Thian Siew AMN, PJK, JP seorang tokoh tempatan di Bidor.
Pada tahun 1968, sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi
Guru Besar SK Seri Bidor
.jpg)

.jpg)
