Seluruh warga SK Seri Bidor mengucapkan selamat bersara kepada Pn. Nor Aminah Bt Hassim, PK HEM sekolah ini. Walaupun tarikh sebenar persaraan beliau jatuh pada 11/11/11 tetapi majlis persaraan peringkat sekolah telah diadakan lebih awal memandangkan beliau akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 21 Oktober dan akan menamatkan perkhidmatan beliau di sana. Semoga beliau mendapat haji yang mabrur..InsyaAllah.

0 comments: