Rangkuman Aktiviti Minggu Ini

Minggu ini yang bermula 1 Febuari hingga 6 Febuari adalah minggu ke 5 persekolahan sesi 2010. Terdapat beberapa aktiviti atau peristiwa yang berlaku sepanjang minggu ini di SK Seri Bidor. Hari Isnin dan Selasa adalah hari terakhir latihan rumah sukan kerana pada hari Rabu telah diadakan perlawanan bolasepak dan bola jaring. Keputusan bagi perlawanan tersebut seperti berikut :

Bolasepak : Johan - Rumah Hijau, Naib Johan - Rumah Kuning, ke-3 : Rumah Biru & ke-4 : Rumah Merah.

Bola jaring : Johan - Rumah Merah, Naib Johan - Rumah Biru, ke-3 : Rumah Kuning & ke-4 : Rumah Hijau.

Minggu hadapan akan belansung pula acara sukantara dan prasukan.

Pada hari Khamis 4 febuari pula, sesi pemantaun bagi Panitia Pendidikan Islam telah dilakukan. 2 pegawai dari sektor pendidikan Islam iaitu Ustaz Halim Musa ( Penyelia pendidikan Islam PPD Batang Padang ) dan Ustaz Suhaimi Bin Ismail ( Pegawai Pendidikan Islam SR, JPN Perak ) telah hadir untuk sesi itu yang memberi penekanan kepada pengurusan fail Panitia Pendidikan Islam, j-QAF dan dakwah. Selain itu Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA) juga turut diberi penekanan agar dijalankan sepanjang masa. Berbagai pendapat dan cadangan untuk penambahbaikan diberikan kepada guru-guru Pendidikan Islam selain sesi soal jawab dalam beberapa perkara yang berkaitan. Disini pihak sekolah khususnya dari Panitia Pendidikan Islam mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil pemantau atas nasihat dan beberapa input yang telah diberikan.
Dua wakil pemantauan iaitu Ustaz Halim & Ustaz Suhaimi

Sementara pada hari Jumaat pula telah berlansung program motivasi dan interaksi Ibu Bapa murid tahun 6 2010. Program yang bermula jam 3.00 petang dan berakhir sekitar jam 5.30 petang itu telah disampaikan oleh pegawai kaunselor dari PPD Batang Padang. Ceramah motivasi bertajuk : Dorongan Ibu Bapa dan Disiplin Diri Menjana Kecemerlangan Akademik anak-anak.

Walaupun diiringi hujat lebat sepanjang sesi motivasi, tetapi para ibubapa dan murid tetap bersemangat demi kejayaan dan kecemerlangan diri. Tahniah diucapkan.

Hari Sabtu 6 Febuari adalah hari persekolahan ganti sempena cuti Tahun Baru Cina mengikut jadual hari Jumaat.

1 comments:

white rose berkata...

salam...
hensem ust suhaimi tuh...
hehehe...

sy ni baik dgn dia...
bagus orgnya...
xbnyk kerenah, xbnyk hal...
lama sy bekerja dibawah dia...