KEM JATI DIRI

Program kem jati diri murid tahun 5 SK Seri Bidor telah dijalankan pada 3 Oktober 2009
( sabtu) yang lepas. Program ini dijalankan di kem PLKN Sinaran Suria Sungkai, Perak bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Program ini merupakan yang julung-julung kali diadakan oleh sekolah ini didalam kem PLKN dan juga aktiviti yang seumpamanya. Disertai oleh lebih kurang 70 orang murid diiringi oleh hampir semua guru-guru SKSB, aktiviti bagi program ini diuruskan sepenuhnya oleh jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Perak seramai 7 orang.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah menguji minda, elemen tinggi, merempuh halangan dan water confidence. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan selamat dan murid-murid yang terlibat serta para guru juga dapat menimba suatu pengalaman baru yang berguna. InsyaAllah jika ada ruang dan peluang, program seumpama ini akan menyusul lagi pada masa yang akan datang.

Untuk gambaran sekitar program sila lihat disini...'GAMBAR'

1 comments:

Perindu Kem PLKN Sinaran Suria, Sungkai. :) berkata...

Tumpang lalu. Sememangnya, pilihan bijak! Kem PLKN Sinaran Suria, merupakan tempat yang penuh dengan kenangan. :) Semoga kalian juga, menjadikan tempat ini salah satu kenangan di dalam hidup kalian. Dan aktiviti semua itu, jarang2 juga dapati dimana2. :)