Sepanjang bulan Oktober merupakan bulan bahasa kebangsaan dan SK Seri Bidor tidak ketinggalan dalam menyambutnya dengan berbagai aktiviti berkaitan bahasa kebangsaan. Pada 23 Oktober lalu telah diadakan majlis penutup bulan bahasa kebangsaan peringkat sekolah dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu. Antaranya ialah:


Gimik majlis perasmian penutup, paluan kompang.

Ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar.



Antara acara yang dipersembahkan, berbalas pantun.

Deklamasikan sajak oleh adik Ayu Khadijah

Adik Erizawati mengalunkan syair.

Adik Nurfadhilah menyampaikan pidato.

Penutup majlis dengan acara penyampaian hadiah bagi pemenang setiap aktiviti yang diadakan.


" BAHASA JIWA BANGSA"

Sambutan 3 Dalam 1

Tarikh 15 Oktober ( Khamis ) dipilih oleh pihak sekolah untuk mengadakan program sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Hari kanak- kanak 2009. Program dimulai dengan perhimpunan pagi yang diisi dengan ucapan wakil murid, seterusnya program kunjung-mengunjung antara kelas serta jamuan raya. Semoga program seperti ini memberi manfaat dan pengalaman kepada murid selaku sasaran program.


i. perhimpunan pagi berbaju raya..
ii. Adik Mohd Iqzhar menceritakan tentang hari kanak-kanak.
iii. Adik Nurfadhilah bercerita tentang hari raya Aidilfitri.
iv. Adik Shasella menerangkan tentang sambutan Deepavali.


Penerima anugerah tokoh kanak-kanak ( perempuan) SKSB, Adik Nurfadhilah Nazri.


Penerima anugerah tokoh kanak-kanak (lelaki) Adik Meor Amirul hafiz.


Guru kelas dan pembantu sibuk menyediakan hidangan untuk 'kelas terbuka'..


Amalan kunjung-mengunjung diterapkan antara kelas..tuan kelas melayan tetamu dari kelas lain yang datang berkunjung.
Murid tahun 6 bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan tahun terakhir di SKSB.

KARNIVAL PRA SEKOLAH

Karnival Pra-sekolah bagi kelompok 3 Bidor telah diadakan pada hari Sabtu 10 Oktober 2009 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bidor. Pra-sekolah Sekolah Kebangsaan Seri Bidor menyertai hampir semua acara yang dipertandingkan dan mencapai keputusan yang boleh dibanggakan iaitu 2 johan dan 3 naib johan. Tahniah kepada semua murid pra-sekolah dan juga kepada guru yang terlibat.

Acara pertama ialah mewarna..semua murid prasekolah terlibat


Acara deklamasi sajak ( Johan )Adik Ahmad Shahrul hadi B. samsul Rizal dengan sajak bertajuk "Bicara Buat Guru".


Acara bercerita bahasa Melayu ( N. Johan ) Adik Nur Ain Syahirah Bt Razmi


Acara mengeja perkataan bahasa Melayu ( N. Johan ) Adik Muhd Nur Harith B. Rozairi

Acara nyanyian & gerakan ( Johan )

Selain dari acara diatas, beberapa lagi acara ialah seperti :
*bercerita bahasa Inggeris ( naib johan )
*menyusun kad perkataan ( saguhati )

KEM JATI DIRI

Program kem jati diri murid tahun 5 SK Seri Bidor telah dijalankan pada 3 Oktober 2009
( sabtu) yang lepas. Program ini dijalankan di kem PLKN Sinaran Suria Sungkai, Perak bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Program ini merupakan yang julung-julung kali diadakan oleh sekolah ini didalam kem PLKN dan juga aktiviti yang seumpamanya. Disertai oleh lebih kurang 70 orang murid diiringi oleh hampir semua guru-guru SKSB, aktiviti bagi program ini diuruskan sepenuhnya oleh jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Perak seramai 7 orang.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah menguji minda, elemen tinggi, merempuh halangan dan water confidence. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan selamat dan murid-murid yang terlibat serta para guru juga dapat menimba suatu pengalaman baru yang berguna. InsyaAllah jika ada ruang dan peluang, program seumpama ini akan menyusul lagi pada masa yang akan datang.

Untuk gambaran sekitar program sila lihat disini...'GAMBAR'

Panitia pendidikan Islam dengan kerjasama pihak sekolah SKSB telah selamat mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi murid tahun 6 2009. Majlis tersebut berlansung pada Jumaat 2 Oktober bermula jam 8.00 pagi bertempat didewan SKSB. Seramai 16 orang murid tahun 6 menyertai majlis tersebut dengan dihadiri oleh semua murid Islam tahun 6 dan 5. Harapan penganjur agar semua murid yang hadir mendapat semangat dan taufiq serta hidayah untuk terus mempelajari Al-Quran sepanjang kehidupan.

A. Murid yang menyertai majlis khatam Quran berarak masuk kedewan.
B. Dengan diiringi paluan kompang.
C. Ustaz Azri selaku pengacara majlis.
D. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Adik Izudin.

1. Ucapan aluan serta perasmian oleh Puan Guru Besar.
2. Majlis Khatam Al-Quran berlansung dibawah pimpinan Ustaz safri sebagai khalifah.
3 & 4 . penyampaian cenderahati kepada peserta oleh Puan Guru Besar.

Bergambar untuk kenang-kenangan bersama Puan GB serta Guru-guru Panitia Pendidikan Islam.

Majlis khatam Quran tamat lebih kurang jam 9.30 pagi. Selepas tamat waktu belajar jam 11.50 pagi, satu majlis kenduri durian telah diadakan dikantin sekolah. Buah durian disedekahkan oleh Puan Guru Besar dari kebun beliau sendiri. bagi yang tidak makan durian disediakan juga sedikit rambutan dan kuih muih. Terima kasih daun keladi diucapkan kepada Puan Guru Besar...

A. Cikgu Hamid memulakan kenduri dengan mengopek durian yang pertama.
B. Cikgu Fauzi turut serta sama-sama mengopek untuk dihidang kepada semua yang hadir.

1. Buah yang macamana dipilih oleh Cikgu hamid tu....
2. Giliran Cikgu zamiran pula menunjukkan kepakaran mengopek durian..
3. Silakan makan...banyak lagi tu...
4. Kulit durian letak dalam besen...isi je makan...

Alhamdulillah..sambutan raya tahun ini lain sedikit dengan adanya kenduri durian sempena musim durian yang melanda Bidor dan kawasan sekitarnya. sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih daun keladi kepada Puan Guru Besar..

;;