Solat Hajat

Majlis solat hajat dan bacaan Yasin bersama ibubapa dan murid tahun 6 sekali lagi diadakan sempena menghadapi peperiksaan UPSR yang akan tiba tak lama lagi. Majlis bermula dengan solat maghrib diikuti solat hajat, bacaan Yasin dan tahlil. Setelah selesai solat Isyak sedikit jamuan makan malam disediakan oleh jawatankuasa PIBG. Kehadiran ibubapa amat menggalakkan. Semoga segala doa dan usaha kita dimakbul dan diterima oleh Allah.

Bagi murid tahun 6 pula, majlis bermula seawal pukul 4.30 petang lagi. Setelah solat Asar berjemaah, satu ceramah atau tazkirah bertajuk 'muhasabah diri' telah disampaikan oleh Ustaz Nik Asri. Ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan kekuatan kepada murid menjelang bulan Ramadhan dan UPSR nanti.




0 comments: