Kempen Bulan Membaca

lagi gambar disini..

Sempena kempen bulan membaca peringkat kebangsaan pada bulan Julai, SK Seri Bidor juga menganjurkan kempen yang sama diperingkat sekolah. Majlis pelancarannya berlansung pada Hari Jumaat 3 Julai 2009 yang dirasmikan oleh Puan Guru Besar SK Seri Bidor, Puan Hajah Ramlah Bt Abdul Rahman. Majlis berlansung selama lebih kurang satu jam bertempat didataran perhimpunan sekolah.

Bertemakan "BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA"..berbagai acara berkaitan membaca dijalankan semasa majlis perasmian dan akan diteruskan sepanjang bulan Julai ini. Antara acara yang dijalankan ialah persembahan oleh murid seperti deklamasi sajak, membaca pantun dan cerita berirama. Selain itu disampaikan juga hadiah bagi pembaca terbanyak bulanan iaitu bagi bulan April dan Mei. Sebagai penutup acara semua guru dan murid membaca secara senyap sekitar 10 minit dengan bahan bacaan yang telah disediakan.

Diharap dengan adanya kempen sebegini yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah dibawah kelolaan Cikgu Kartini akan lebih menarik minat murid dan guru untuk terus membaca sebagai jalan menambah ilmu pengetahuan.

0 comments: