Kelab Rukun Negara

Dua orang murid SK Seri Bidor telah terpilih untuk menyertai perkhemahan Kelab Rukun Negara Sekolah Rendah peringkat kebangsaan 2009. Perkhemahan ini telah diadakan pada 20 hingga 23 Julai yang lalu bertempat di Taman Rehlah, Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim. Dua orang murid tersebutt ialah adik Meor Amirul Hafiz dan adik Nurfadhilah Bt Nazri dari tahun 6 Terbilang. Semoga perkhemahan ini memberi pengalaman yang berguna kepada mereka berdua.


sijil yang diperolehi

Adik Meor Amirul hafiz ( seorang lagi peserta ialah adik NurFadhilah-tiada dalam gambar )

Sempena memperingati peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Rejab iaitu Isra' dan Mikraj, Panitia Pendidikan Islam SK Seri Bidor telah mengadakan satu majlis ceramah Isra' dan Mikraj pada 22 Julai 2009. Majlis bermula jam 3.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang. Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Pauzi Bin Alias, pegawai agama di Pejabat Agama Slim River.

Antara objektif majlis ini diadakan untuk memberi peringatan kepada para pendengar dan juga mengambil iktibar daripada peristiwa Isra' dan Mikraj tersebut. Penceramah telah memberi penekanan kepada kepentingan solat dan juga pengajaran bagi setiap apa yang telah dilalui oleh Rasulullah sepanjang Isra' dan Mikraj. Semoga majlis ini memberi manfaat kepada semua yang mendengar.


Bacaan ayat suci Al-Quran dan terjemahan oleh adik Mohd Azim dan Saidatun Nurasyikin


Penceramah jemputan..Tuan Haji Pauzi Bin Alias

Senamrobik

Sempena bulan kecergasan yang berlansung sepanjang Julai ini, Panitia PJK telah menganjurkan satu senamrobik bagi semua murid SK Seri Bidor. Telah dijalankan pada pagi rabu 22 Julai bermula jam 7.30 hingga 8.00 pagi dibawah pimpinan Cikgu Norzaniza Bt Musa, guru pendidikan jasmani dan kesihatan.



Rangkuman Aktiviti


Antara rangkuman peristiwa atau aktiviti sepanjang minggu lepas dan minggu ini di SK Seri Bidor ialah :

1. Kem Bestari Solat Tahap 2 ( Sabtu 11 Julai )
2. Ladap :mengisi markah dalam sistem analisa headcount ( Sabtu 11 Julai )
3. Literasi Al-Quran ( Isnin & Selasa 13 / 14 Julai )
4. Solat hajat dan bacaan Yaasin murid tahun 6 ( Khamis & Jumaat )
5. Ujian percubaan UPSR ( Selasa, Rabu & Khamis 14 - 16 Julai )

Kepada murid tahun 6 di ucapkan selamat menjawab dan selamat maju jaya!

Kempen Bulan Membaca

lagi gambar disini..

Sempena kempen bulan membaca peringkat kebangsaan pada bulan Julai, SK Seri Bidor juga menganjurkan kempen yang sama diperingkat sekolah. Majlis pelancarannya berlansung pada Hari Jumaat 3 Julai 2009 yang dirasmikan oleh Puan Guru Besar SK Seri Bidor, Puan Hajah Ramlah Bt Abdul Rahman. Majlis berlansung selama lebih kurang satu jam bertempat didataran perhimpunan sekolah.

Bertemakan "BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA"..berbagai acara berkaitan membaca dijalankan semasa majlis perasmian dan akan diteruskan sepanjang bulan Julai ini. Antara acara yang dijalankan ialah persembahan oleh murid seperti deklamasi sajak, membaca pantun dan cerita berirama. Selain itu disampaikan juga hadiah bagi pembaca terbanyak bulanan iaitu bagi bulan April dan Mei. Sebagai penutup acara semua guru dan murid membaca secara senyap sekitar 10 minit dengan bahan bacaan yang telah disediakan.

Diharap dengan adanya kempen sebegini yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah dibawah kelolaan Cikgu Kartini akan lebih menarik minat murid dan guru untuk terus membaca sebagai jalan menambah ilmu pengetahuan.

;;