Hari Guru Peringkat Daerah

Hari Guru Peringkat Daerah Batang Padang telah diadakan pada hari Khamis 18 Jun 2009 yang lalu bertempat di INSTUN, Behrang. SK Seri Bidor terlibat secara lansung dalam majlis tersebut dengan Guru Besar sebagai Bendahari bagi Jawatankuasa Induk sambutan serta sebagai AJK jamuan dalam jawatankuasa pengelola.















Guru-guru SK Seribidor sibuk menyediakan makanan/cenderahati untuk diagihkan.


SK Seri Bidor juga adalah salah sebuah sekolah yang menerima Anugerah Khas 2009 dalam majlis tersebut. Sementara Tokoh Guru bagi sambutan Hari Guru Peringkat Daerah batang Padang kali ini ialah En. Mohamed Rosly B. Abdul Hamid, bekas Guru Besar SK Seri Bidor yang bersara pada tahun 2000. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

0 comments: