Sambutan Hari Guru

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan secara sederhana pada hari Isnin 18 Mei 2009. Beberapa keping gambar sebagai gambaran sambutan kali ini.Selamat Hari Guru..!

A. Bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Cikgu Radzi
B. Bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Cikgu Hamid
C. Bacaan Ikrar guru diketuai oleh Cikgu Zamiran.
D. Nyanyian lagu 'Guru Malaysia' oleg semua guru.

A. Ucapan Ketua Murid oleh adik Mohd Iqzhar Bin Lokman.
B. Antara persembahan murid.
C. Penyampaian hadiah pertandingan membuat kad ucapan Hari Guru.
D. Penyampaian cenderahati kepada guru.

Selain dari sambutan secara sederhana yang dilakukan pada Hari Isnin, telah diadakan juga sambutan Hari Keluarga sempena Hari Guru SK Seri Bidor bertempat di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah. Gambar sekitar sambutan boleh di lihat melalui link 'gambar' diatas.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

selamat hari guru kpd semua guru2 di sk seri bidor..
maaf kerana ucapkan slamat hari guru lewat..
kirim kan salam saya pada semua guru2,pelajar2 dan warga sksb..

drpd:nadia idayu ahmad
smk raja permaisuri bainun
tgkatan 2

seribidor berkata...

terima kasih nadia kerana masih ingat kami disini.teruskan lah menjenguk disini untuk mengetahui berita semasa di SKSB