Sambutan MaulidurRasul

Sambutan Maulidur Rasul bagi peringkat sekolah telah diadakan pada hari Rabu 15 April 2009. Majlis diadakan pada jam 3.30 petang sempena waktu kokurikulum dan dijalankan didewan terbuka sekolah. Walaupun sudah melewati Rabi'ul Awal tetapi sambutan tetap dijalankan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kisah Nabi dan mengambil panduan darinya.

A . Selepas bacaan doa, majlis dimulakan dengan alunan berzanji oleh adik NorAtikah Bt Roslan.
B . Di ikuti selawat beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Mohd Zaidi.
C . Segmen seterusnya ialah ceramah maulidurrasul yang bertajuk 'akhlak Rasulullah' disampaikan oleh Ustaz Safri Mahayedin.
D . Murid tekun mencatat isi penting semasa mendengar ceramah.

A . Antara cenderahati untuk pemenang soalan kuiz.
B . Murid menjawab soalan kuiz berdasarkan isi ceramah yang telah disampaikan.
C . Ada juga soalan kuiz mengenai fardu ain dan bacaan dalam solat.
D . Yang berjaya menjawab dengan betul menerima hadiah.

Majlis berakhir tepat jam 5.30 petang dengan persembahan kompang selawat oleh pasukan kompang sekolah. Semoga majlis ini memberi manfaat kepada semua.

0 comments: