Kem Motivasi Dan Kepimpinan

Pada hari Sabtu 25 April, dua program telah dijalankan serentak diSK Seri Bidor iaitu kem motivasi pengawas dan juga kem bestari solat bagi tahun 1 & 2 kali ke dua. Kem bestari solat bermula jam 8 pagi berakhir jam 2 petang selepas solat zohor. Bagi kem motivasi pengawas pula bermula 8 pagi dan berakhir jam 5.30 petang.

Kem motivasi dan kepimpinan adalah kem sehari yang diadakan khusus untuk pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Ia bertujuan menerapkan nilai-nilai kepimpinan dan motivasi dalam diri peserta yang terlibat. Dengan adanya kem seperti ini diharap para pengawas dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih baik dan berkesan.
Riadah atau senaman pagi sebagai permulaan sesi kem
berkumpul didewan untuk mendengar ceramah motivasi
sesi pengucapan awam dan latihan dalam kumpulan ( LDK )
penceramah jemputan En. Saparudin, kaunselor SMK Besout.

0 comments: