Takziah kepada Cikgu Anita

Pada hari Ahad 11 Januari 2009, kami diSK Seri Bidor menerima berita yang agak mengejutkan. Cikgu Anita Jayamalar a/p Augustine John telah kehilangan suami yang tersayang akibat kemalangan jalanraya. Kemalangan yang berlaku pada jam 6.30 petang Sabtu 10 Januari itu terjadi dijalan Bidor - Sungkai berhampiran kampung Bikam. Kemalangan menyebabkan kereta mangsa terbakar dan mangsa terperangkap didalamnya.
Puan Anita Jayamalar

Cikgu Anita dan suaminya baru sahaja mendirikan rumahtangga lebih kurang sebulan yang lalu dalam bulam Disember 2008. Kami rakan-rakan di SK Seri Bidor mengucapkan takziah kepada cikgu Anita dan berharap beliau bersabar menempuh dugaan ini.

2 comments:

GPI berkata...

Utk Cikgu Anita,

Yang pergi takkan kembali lagi..
Hidup perlu diteruskan..
Tabahlah menghadapi hari mendatang..

Tanpa Nama berkata...

Takziah daripada kami buat Cikgu Anita dari SK PANGKAL KALONG, KOTA BHARU, KELANTAN. Semoga terus tabah...