Selamat kembali ke sekolah...

Sesi persekolahan bagi tahun 2009 sudah bermula hari ini. Semua guru dan murid memulakan hari pertama dengan ceria dan penuh semangat. Bagi SK. Seri Bidor, hari pertama ini berjalan lancar. Ibu bapa yang menghantar anak-anak kesekolah beransur pulang setelah anak masing-masing masuk kekelas. Tiada lagi suasana seperti masa-masa dulu,ada ibu bapa yang terpaksa duduk 'belajar' sekali dengan anak didalam kelas. Mungkin kerana anak-anak sekarang sudah biasa ditinggalkan atau sudah biasa dengan suasana persekolahan. Ada yang dari usia 4 atau 5 tahun sudah bersekolah sama ada prasekolah atau pusat bimbingan yang lain.

Murid ceria memulakan sesi baru 2009
Guru bertugas mingguan diperhimpunan pagi.

Semoga tahun 2009 ini akan membawa kejayaan yang lebih lagi kepada murid,guru dan SK Seri Bidor keseluruhannya.

0 comments: