Latihan sukan bermula

Awal tahun biasanya semua sekolah akan sibuk dengan aktiviti sukan sama ada peringkat sekolah atau yang lebih tinggi. SK Seri Bidor merancang untuk mengadakan acara sukan tahunannya pada 19 Febuari 2009. Oleh itu sesi pembahagian rumah sukan telah bermula pada minggu pertama persekolahan lagi dan diikuti latihan rumah sukan bermula minggu kedua persekolahan iaitu minggu ini. Latihan rumah sukan diadakan pada jam 3.30 petang dan berakhir pada 5 petang. Hari Isnin adalah latihan bagi rumah merah dan biru manakala hari Selasa bagi rumah hijau dan kuning. Begitulah seterusnya secara berganti-ganti.
Antara aksi murid sedang melakukan latihan.

Sebelum acara sukan tahunan diadakan akan dijalankan dahulu sukan tara dan pra-sukan untuk memungut mata bagi rumah masing-masing. Diadakan juga karnival bagi bolasepak dan bola jaring antara rumah. Diharap acara sukan pada tahun ini berjalan lancar sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Selamat bersukan bagi semua murid SK Seri Bidor!

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kerana telah ada berita untuk sekolah ini.
Sekolah ini adalah sekolah rendah yg terbaik disekitar Bidor yg menghasilkan murid2 yg berjaya. Tahniah sekali lagi untuk Guru2 yg berdedikasi.