Program Khemah Ibadah

Program khemah ibadah atau Qiamullail merupakan agenda tetap Panitia Pendidikan Islam SKSB. Ia bertujuan untuk menanam rasa cinta untuk melakukan ibadah khasnya ibadah solat samada wajib ataupun sunat. Selain itu ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang Qiamullail selain melatih jiwa dan akhlak.
















Penceramah jemputan, Ustaz Fauzi dari Jabatan Agama Islam Slim River sedang menyampaikan ceramah.


Program dimulai dengan pendaftaran peserta jam 4 petang dan taklimat ringkas. Selepas solat Asar berjemaah diadakan pula sesi LDK membincangkan perkara asas fardhu ain dan solat-solat sunat untuk Qiamullail. Pada jam 6.30 petang, peserta beredar untuk makan malam dan bersiap untuk solat maghrib. Selesai solat maghrib berjemaah diikuti solat hajat dan bacaan Yaasin dan seterusnya solat Isya' berjemaah.
















Guru dan murid khusyu' mendengar ceramah.


Selepas solat Isya' program diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Fauzi. Ceramah yang berakhir pada jam 10 malam itu banyak memberi kesedaran kepada peserta dan juga guru dalam menempuh hidup sehari- hari. Seterusnya peserta beredar untuk minum sebelum berkemas untuk tidur.
















Kuliah subuh oleh Ustaz Safri

Qiamullail bermula sekitar jam 4.30 pagi dengan pengisian solat sunat seperti solat sunat taubat, sunat hajat dan tahajjud serta zikir dan tasbih. Seterusnya solat subuh berjemaah dan kuliah subuh selepas itu disampaikan oleh Ustaz Safri bin Mahayudin,ahli keluarga baru dalam panitia Pendidikan Islam yang menggantikan Ustazah Farah Wahida yang bertukar ke Selangor. Seusai kuliah subuh, peserta bergerak untuk sarapan pagi dan mengemas untuk pulang. Peserta dibenarkan pulang selepas solat sunat Dhuha yang menutup program untuk kali ini.
Diharap, program ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat..InsyaAllah.


;;